Total Pageviews

Saturday, May 28, 2011

RAHSIA PERNIAGAAN



Ini cerita benar yang jarang didengar. Ini cerita seorang penulis yang berjaya. Begini kisahnya.... Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota. Seakan-akan mendesak. " Ada duit? Minta ayah waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit didalam poket satu-satu masa yang payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulialah mereka "sporting" dan tidak bayak meragam.

" Emak, ayah asyik minta duit... Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit, " bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar ditebak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadangan emak pendek. " 5 ringgit?" emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang RM5... Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberikannya.

Ayah selalu tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih "untung" RM5. Gelihati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang "pemintaan" ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengigatkan. Akhirnya saya memang sediakan "peruntukan" khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan "ekonomi" saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap senyum bila menerimanya. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi "ketajaman" rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun, setiap kali perjalanan pulang, kocek anak saya akan menjadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana "tidak ada", tetapi ada sesuatu yang lebih besaringin dicapainya tau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan saya yang dimulakan dengan kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga  mula pulang dengan kereta Kancil milik kami sendiri.

" Nanti besarlah kereta kamu ni..." ujar ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi pemintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah konsisten dengan sikapnya, ada saja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah.." Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin merasa saya merasa segan,duit diberi kepada anak.

" Kenapa dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya  sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sunggh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis,saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat,saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah kereta lagi untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun, saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai ahli koperat yang berjaya... Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana 'kekurangan' atau 'kelebihan' kami. Tetapi dia memberi kerana Allah....Mencontohi Allah Al-Wahhab itu.

Anda ingin tahu apa pesanan penulis itu kepada saya? Ya mari kita kongsi bersama:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu bapa yang tua bukan beban dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya mereka adalah aset untuk kita ( walaupun istilah itu, sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

" Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sabda Rasullulah SAW, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa.

Baiklah anda pembaca bagaimana? inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia 'perniagaan' yang jarang diperkatakan oleh para ahli korporat. Juga tidak ditulis didalam man-mana buku perniagaan.

Masih mempunyai ibu bapa? memberilah kepada mereka. Tidak ada? tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja....Ingin saya meminjam kata sahabat saya, Ustaz Hasrizal - Erti Hidup Pada Memberi.

Artikel ini diambil daripada Majalah Anis, Disember 2008


No comments:

Post a Comment