Total Pageviews

Monday, July 25, 2011

SENI MANIK

Rasa teruja bila lihat manik-manik yang dijahit pada baju...cantik rasanya...ingin nak cuba...lalu kat mydin ada buka untuk belajar jahit manik..walaupun singkat dalam masa sejam dapatlah hasilkan beberapa bentuk....seronok lak buat bebenda camni...ada juga hasilnya..




















Sunday, July 17, 2011

KENDURI

Kenduri yang lama nak buat..terlaksana pada 16hb Julai 2011 yang lalu...sedara mara dan jiran tetangga berkumpul...seronok dapat bertanya khabar...kenduri arwah dan akikah...alhamdulilah semua selamat...menu utama...nasi ambang..memang menu tradisi.


Inilah nasi ambang...makan dalam dulang...sayur, sambal goreng temper, mee goreng dan ayam masak sambal...masa kenduri tu 14 dulang disediakan untuk hidangan..kalau yang tak biasa bolehlah makan guna pinggan..



Kuih muih turut disediakan untuk hidangan tetamu...2 jenis je buat sendiri yang lain sedara mara yang banyak beri sumbangan..terima kasih lah banyak2

Sunday, July 10, 2011

NASI AYAM


Nasi ayam... pilihan makan tengahari...ayam goreng madu bila pekena dengan nasi ayam memang best...tak yah masak lauk banyak2..yang penting..ada sup, sos dan kicap..penambah rasa..sudah cukup..kira memang jimat masa dan tenaga.

Bahan-bahannya:

2 cawan beras
1/4 bawang besar
bawang putih
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 inci halia
lada merah
minyak masak
air


untuk hiasan/ ulam
daun bawang
timun/ salad
tomato
bawang goreng

Cara penyediaannya:

Bersihkan ayam...potong ikut suka...tumbuk bawang putih dan halia..tumis dengan sedikit minyak hingga perang..seterusnya masukkan air, ayam, sup bunjut dan kuib ayam..masak sehingga ayam masak..untuk masak nasi bersihkan beras..ambil 2 cawan sup ayam..untuk masak nasi...masak seperti biasa...Kemudian keluarkan ayam..perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat dan madu...goreng dengan minyak penuh..untuk sos kicap...mayang bawang putih...tumiskan sedikit..masukkan kicap dan sedikit sup ayam...akhir sekali untuk sos lada...tumbukkan lada merah dan bawang putih...masukkan sos lada dan sedikit air.

Saturday, July 9, 2011

MAMAK CYBER 4

Mamak Cyber kali nie lawak dia boleh tahan gak...nak ajak budak jadi teman memancing...kekadang tak terfikir lawak budak nie

Nak bagi hadiah kenalah ikhlas...wah bungkus bukan main cantik lagi...tapi apa je yang dia bagi...eemmm


Ada je idea mamak nie nak bagi orang tahu...baru ada gaya..hehehe

Thursday, July 7, 2011

PAU KUKUS


Pau kukus ...terlintas nak buat untuk sarapan pagi....inti kelapa dah siap..pau jelah yang mudah disediakan...resipi ni..mudah untuk diikuti...hasilnya..bila masa kukus memang kembang habis..kalau makan lepas kukus lagi sedap..jom kita tengok apa bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum (300g)
1 cawan + 1 sudu makan air suam
 1sudu kecil planta
1 sudu makan susu pekat manis
1sudu kecil gula pasir
1/4  sudu kecil garam
1 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil maripan
kertas / daun pisang

Cara penyediaannya:

Satukan air suam, gula, garam dan maripan sebentar...sehingga ibu roti naik...masukkan tepung, planta dan susu..gaul dan ramas sehingga rata...masukkan ibu roti  tadi ke dalam adunan dan sehingga menjadi doh..seterusnya..masukkan minyak masak  dan uli sehingga sekata...hempas adunan 21 kali dan biarkan 10 ke 15 minit ...apabila adunan dah naik..ambil sedikit..leperkan dan masukkan inti....bulatkan dan letak pelapik pau..biarkan ia naik....dan bolehlah dikukus 5 hingga 6 minit sahaja.




Monday, July 4, 2011

CUP KEK OREN



Hari nie resipi cup kek oren rasa cam mudah...hati tak sabar nak mencuba...bahan-bahan pun simple je...walaupun penat bekerja seharian..tapi pasal minat semua tu tak de hal lah...hasilnya taklah mengecewakan..gebu dan lembut..sedap lak tu..tq sofinar

Bahan-bahan:

200 g mentega
200 g gula halus
200 g tepung naik sendiri
4 biji telur ayam
2 biji oren diparut kulitnya

Penyediannya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang... diikuti dengan  telur satu persatu dipukul lagi hingga kembang...seterusnya masukkan parutan kulit oren dan tepung..kacau perlahan-lahan dan guna teknik kaup balik..masuk adunan ke dalam acuan kertas 3/4 sahaja..kerana kek akan kembang..dan bakar 180 darjah selama 15 minit..siappp

Saturday, July 2, 2011

1 MURID 1 SUKAN


Program larian nie masuk dalam "THE MALAYSIAN BOOK OF RECORD"  lagi..serentak untuk semua sekolah ..SYABAS



Pagi-pagi dah kena daftar....berkumpul kat padang...mula larian 7.45 pagi...Ibubapa pun turut serta...memang meriah...tengok gelagat murid-murid sekolah...siap ambil gambar IZZATI dengan kawan-kawan sebaya