Total Pageviews

Showing posts with label PANDUAN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

SENI JAHIT

Seni jahit...kekadang orang suka menjahit nie untung...bukan apa,dia orang berseni sebenarnya...kalau dah pandai menjahit...bukan sekadar baju je boleh buat..tapi bebenda..macam kraftangan pun..boleh dihasilkan...baguskan..dapat juga menjana pendapatan....ia juga boleh dijadikan hobi...suka tengok bebenda kretif nie..layan je



Yang nie bentuk burung hantu untuk anak perempuan sury...comelkan..sesuai letak kat beg atau pencilbox... kat belakang dia boleh letak nama




Bentuk kereta untuk anak lelaki sury...suka benar dia...warna bolehlah ikut suka masing2

Saturday, August 13, 2011

DOA

Bulan Ramadan yang penuh berkat ramai dikalangan kita memohon doa dan mengharapkan doanya makbul. Apa yang ingin sury kongsi bersama adalah petua-petua doa makbul yang terkandung didalam buku " Doa Zikir Harian"..mari kita sama-sama lihat:



- Berdoa dengan ikhlas kepada Allah
- Memulakan dan mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah di ikuti dengan selawat keatas Nabi s.a.w
- Bersungguh-sungguh ketika berdoa
- Berdoa dengan kusyuk dan rendah diri
- Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan
- Berdoa dengan sabar
- Sentiasa berdoa dalam setiap masa susah atau senang
- Tidak berdoa tentang pekara keburukan
- Tidak berdoa pada tempat maksiat
- Merendah suara
- Menghadap ke arah kiblat
- Berdoa dalam keadaan berwuduk
- Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat
- Menggunakan ayat-ayat yang ringkas tetapi padat dan penuh makna
- Menyeru Allah dengan nama-nama-Nya yang mulia
- Makan dan minum daripada benda yang halal
- Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang lain
- Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari
- Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa
- Mengaminkan doa yang dibaca


Monday, July 25, 2011

SENI MANIK

Rasa teruja bila lihat manik-manik yang dijahit pada baju...cantik rasanya...ingin nak cuba...lalu kat mydin ada buka untuk belajar jahit manik..walaupun singkat dalam masa sejam dapatlah hasilkan beberapa bentuk....seronok lak buat bebenda camni...ada juga hasilnya..




















Wednesday, June 1, 2011

PETUA DI DAPUR



Menghilangkan hanyir Ikan

Cara mudah untuk menghilangkan hanyir ikan ialah dengan menggunakan sedikit garam dan lima biji limau kasturi yang telah dibelah dua. Ramas kedua-dua bahan ini dengan air. Kemudian rendamkan bersama ikan selama 10 minit. 




Halia dan bawang putih lembutkan daging

Bagi melembutkan daging lebihkan halia dan bawang putih dalam masakan. Ia juga melazatkan lagi masakan anda




Donat lebih gebu

Enaknya menikmati donat yang lembut. Cara menghasilkannya pun tidak sesukar mana. Hanya campukan air kelapa bersama adunan donat dan akan mendapati donat itu sangat gebu.


Artikel ini dipetik dari Majalah Wanita Jun 2011

Saturday, May 28, 2011

RAHSIA PERNIAGAAN



Ini cerita benar yang jarang didengar. Ini cerita seorang penulis yang berjaya. Begini kisahnya.... Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota. Seakan-akan mendesak. " Ada duit? Minta ayah waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit didalam poket satu-satu masa yang payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulialah mereka "sporting" dan tidak bayak meragam.

" Emak, ayah asyik minta duit... Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit, " bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar ditebak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadangan emak pendek. " 5 ringgit?" emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang RM5... Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberikannya.

Ayah selalu tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih "untung" RM5. Gelihati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang "pemintaan" ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengigatkan. Akhirnya saya memang sediakan "peruntukan" khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan "ekonomi" saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap senyum bila menerimanya. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi "ketajaman" rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun, setiap kali perjalanan pulang, kocek anak saya akan menjadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana "tidak ada", tetapi ada sesuatu yang lebih besaringin dicapainya tau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan saya yang dimulakan dengan kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga  mula pulang dengan kereta Kancil milik kami sendiri.

" Nanti besarlah kereta kamu ni..." ujar ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi pemintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah konsisten dengan sikapnya, ada saja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah.." Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin merasa saya merasa segan,duit diberi kepada anak.

" Kenapa dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya  sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sunggh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis,saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat,saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah kereta lagi untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun, saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai ahli koperat yang berjaya... Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana 'kekurangan' atau 'kelebihan' kami. Tetapi dia memberi kerana Allah....Mencontohi Allah Al-Wahhab itu.

Anda ingin tahu apa pesanan penulis itu kepada saya? Ya mari kita kongsi bersama:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu bapa yang tua bukan beban dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya mereka adalah aset untuk kita ( walaupun istilah itu, sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

" Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sabda Rasullulah SAW, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa.

Baiklah anda pembaca bagaimana? inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia 'perniagaan' yang jarang diperkatakan oleh para ahli korporat. Juga tidak ditulis didalam man-mana buku perniagaan.

Masih mempunyai ibu bapa? memberilah kepada mereka. Tidak ada? tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja....Ingin saya meminjam kata sahabat saya, Ustaz Hasrizal - Erti Hidup Pada Memberi.

Artikel ini diambil daripada Majalah Anis, Disember 2008


Tuesday, May 24, 2011

PETANDA JODOH



Dua insan yang merasakan ada jodoh antara mereka pasti memiliki ikatan emosional, spriritual dan fizikal. Hanya dengan menatap mata atau suara, mereka akan merasakan getaran dan seolah ingin bersamanya. Antara petanda lain:

Petanda 1

Kamu dan dia selalu saling membantu dalam urusan remeh atau besar semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa melibatkan orang lain.

Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja didepan kamu. Samada percakapan atau perbuatan secara sepontan atau pun tidak.

Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu.

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan.

Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka.

Petanda 6

Dia tak peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Ini bererti dia sudah bersedia menerima kamu seadanya.

Petanda 7

Menerima kekurangan dan kelemahan pasangan

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu lebih selamat ditangannya daripada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Ataupun tidak dapat merahsiakan apa-apa perkara daripada si dia. Bererti pasangan sejati telah kamu temui.


Artikal ini dipetik dari Majalan Perempuan Jun 2010

Saturday, May 14, 2011

IBU BAPA CEMERLANG



Terdapat beberapa beberapa ciri utama yang perlu diperlihatkan oleh ibu bapa sebagai model untuk menjaga anak-anak yang cemerlang. Oleh itu sebagai pemimpin keluarga ibu bapa seharusnya bijak memperlihatkan tingkah laku yang cemerlang dan bermotevasi.

Mempunyai nilai diri yang tinggi
Nilai diri akan mempengaruhi setiap perlakuan seseorang sama ada yang positif atau negatif.

Mengamalkan cara hidup yang sihat
Untuk menjadi model ibu bapa seharusnya mengamalkan cara hidup yang sihat. Gejala-gejala negatif tidak seharusnya diamalkan dalam rumah tangga.

Mempunyai pemikiran yang positif
Ibu bapa sendiri semestinya mempunyai sikap yang positif terhadap sesuatu perkara. Setiap masalah yang dihadapi hendaklah dianggap sebagai satu cabaran bukan halangan.

Mempunyai kemahiran sosial yang tinggi
Ibu bapa harus pandai menyesuaikan diri dan emosi dalam memberi arahan, bergurau, menegur, membelai dan memujuk anak.

Sentiasa kemas dan anggun
Perbuatan ini akan tersemat di dalam hati nurani anak dan akan menjadi tabiat mereka sendiri apabila mereka membesar.

Mudah untuk berubah / fleksibel
Segala tindakan ibu bapa sama ada yang positif atau negatif akan mempengaruhi perlakuan anak. Ibu bapa seharusnya pandai menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya.

Boleh mengawal emosi dan tindakan
Emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan manusia bertindak mengikut nafsu syaitan yang akan membawa kepada kesan yang negatif.

Mempamerkan kasih sayang
Mempamerkan kasih sayang di hadapan anak-anak bukan sahaja dapat menambahkan kasih sayang di jiwa anak malah dapat membangkitkan semula kasih sayang yang pudar dalam diri ibu bapa itu sendiri.

Memberikan tumpuan masa pada keluarga
Masa yang ada seharusnya dimanfaat untuk memberi belaian yang lebih kerap kepada keluarga.

Optimis mengenai masa depan keluarga
Ibu bapa yang berwawasan sahaja yang akan memberikan sepenuhnya tumpuan kebajikan keluarga demi untuk mencapai apa yang diharapkan.

Tidak mementingkan diri sendiri
Ibu bapa yang cemerlang akan sentiasa memikirkan masa depan anak-anak tanpa memikirkan balasan yang akan diterima. Komitmen yang diberikan adalah untuk menjamin generasi yang akan datang hidup dengan cemerlang.

Memahami dan menjiwai kehidupan berkeluarga
Kemahiran kehidupan berkeluarga bukanlah sesuatu yang semulajadi. Ia memerlukan kefahaman dan pengalaman yang mendalam mengenai hidup berkeluarga.

Sentiasa berdoa untuk keluarga
Kejayaan dan kebahgian sesebuah keluarga dapat dirasakan apabila semua ahli keluarga sentiasa hidup rukun damai dan cemerlang. Keadaan ini tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha dan doa. Olehitu sentiasalah berdoa untuk kebahagian keluarga.

Mendedahkan ajaran agama kepada anak-anak
Pendedahan awal akan menjadi agama sebagai suatu keterbiasaan. Dengan agama anak-anak mendapat panduan dan petunjuk sejak kecil. 

Bersikap adil kepada anak-anak
Sikap adil dan menjauhi kezaliman merupakan kebesaran intipati setiap agama kerana ia adalah tuntuan al-Quran yang merupakan perintah yang tidak ada tawar menawar.








Friday, May 6, 2011

TANDA KEMATIAN



Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah s.a.w diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandianya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wakaf ketika Imama Ahmad bersedia untuk mengkafankan mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah SWT nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Semua orang islam akan dapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seakan-akan daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini tanda mati maka getaran itu akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkantentang soal kematian, tanda itu akan hilang dan lenyap tanpa ada manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri untuk dengan amalan dan urusan yang dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda  40 hari sebelum hari mati

Tanda ini akan berlaku sesudah waktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita antaranya ialah ia akan mengikut kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuba seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda kematian ini akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita diantara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat di kesan  maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ia akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ia dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan sebelah belakang iaitu di  kawasan ubun-ubun di mana ia menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya dan akan naik kebahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan dari Allah SWT ataupun dari manusia sendiri dari segi dosa dan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani  bahawa tarikh mati manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa samada dari kita atau orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan pertunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada didunia atau pun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
















Thursday, April 28, 2011

RASA KITA- MACARON



OOOooo...Cam nie buat MACARON...Nampak menarik warna-warni...pernah makan ada perisa COKLAT..PENUT...VANILA..memang sedap..sury suka perisa Coklat..yumm-yumm..cubalah rasa