Total Pageviews

Showing posts with label PUDING. Show all posts
Showing posts with label PUDING. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

PUDING

Hari nie...nak buat puding lak...yang nie buat untuk si kecil...tadika ada buat majlis sambutan hari raya...nak tak nak buat menu lagi untuk di bawa ke majlis tu nanti...jadilah puding mangga dan tembikai susu..



Puding yang ini...puding mangga...sury suka tengok warnanya


Yang nie puding tembikai susu...lemak manis  


Bila dah potong2 jadilah cam nie...

Saturday, May 21, 2011

RASA KITA - PUDING & KOKTEL


Musim panas-panas cam hari nie...rasa nak buat Puding Kastard Berkuah Koktel....sambil membaca surat khabar tentang tragedi tanah runtuh di Hulu Langat...sian anak2 yatim tu..semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...amin. Bebalik Pudng & Koktel sesuai..menjadi pencuci mulut lepas makan...lemak manis rasanya...kalau sejuk lagi sedap.

Bahan-Bahan untuk Puding

1 cawan tepung kastard
5 cawan air
2 sudu gula

Bahan-Bahan Untuk Kuah Koktel

1 tin Koktel
1 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
sedikit susu pekat
air masak
gula

Penyediaannya

Mulakan dengan membancuh tepung kastad dengan air kemudian bubuh gula.
Kacau dengan api yang kecil
Sehingga pekat dan berkilat
Masukkan puding tadi dalam bekas2 kecil dan sejukkan

Untuk kuah koktel...campurkan susu cair, susu pekat, gula dan air
Sekiranya cukup rasa masukkan koktel ke dalam kuah tadi dan sejukkan
Puding Kastad dan kuah koktel tadi bolehlah disatukan