Total Pageviews

Saturday, May 14, 2011

IBU BAPA CEMERLANG



Terdapat beberapa beberapa ciri utama yang perlu diperlihatkan oleh ibu bapa sebagai model untuk menjaga anak-anak yang cemerlang. Oleh itu sebagai pemimpin keluarga ibu bapa seharusnya bijak memperlihatkan tingkah laku yang cemerlang dan bermotevasi.

Mempunyai nilai diri yang tinggi
Nilai diri akan mempengaruhi setiap perlakuan seseorang sama ada yang positif atau negatif.

Mengamalkan cara hidup yang sihat
Untuk menjadi model ibu bapa seharusnya mengamalkan cara hidup yang sihat. Gejala-gejala negatif tidak seharusnya diamalkan dalam rumah tangga.

Mempunyai pemikiran yang positif
Ibu bapa sendiri semestinya mempunyai sikap yang positif terhadap sesuatu perkara. Setiap masalah yang dihadapi hendaklah dianggap sebagai satu cabaran bukan halangan.

Mempunyai kemahiran sosial yang tinggi
Ibu bapa harus pandai menyesuaikan diri dan emosi dalam memberi arahan, bergurau, menegur, membelai dan memujuk anak.

Sentiasa kemas dan anggun
Perbuatan ini akan tersemat di dalam hati nurani anak dan akan menjadi tabiat mereka sendiri apabila mereka membesar.

Mudah untuk berubah / fleksibel
Segala tindakan ibu bapa sama ada yang positif atau negatif akan mempengaruhi perlakuan anak. Ibu bapa seharusnya pandai menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya.

Boleh mengawal emosi dan tindakan
Emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan manusia bertindak mengikut nafsu syaitan yang akan membawa kepada kesan yang negatif.

Mempamerkan kasih sayang
Mempamerkan kasih sayang di hadapan anak-anak bukan sahaja dapat menambahkan kasih sayang di jiwa anak malah dapat membangkitkan semula kasih sayang yang pudar dalam diri ibu bapa itu sendiri.

Memberikan tumpuan masa pada keluarga
Masa yang ada seharusnya dimanfaat untuk memberi belaian yang lebih kerap kepada keluarga.

Optimis mengenai masa depan keluarga
Ibu bapa yang berwawasan sahaja yang akan memberikan sepenuhnya tumpuan kebajikan keluarga demi untuk mencapai apa yang diharapkan.

Tidak mementingkan diri sendiri
Ibu bapa yang cemerlang akan sentiasa memikirkan masa depan anak-anak tanpa memikirkan balasan yang akan diterima. Komitmen yang diberikan adalah untuk menjamin generasi yang akan datang hidup dengan cemerlang.

Memahami dan menjiwai kehidupan berkeluarga
Kemahiran kehidupan berkeluarga bukanlah sesuatu yang semulajadi. Ia memerlukan kefahaman dan pengalaman yang mendalam mengenai hidup berkeluarga.

Sentiasa berdoa untuk keluarga
Kejayaan dan kebahgian sesebuah keluarga dapat dirasakan apabila semua ahli keluarga sentiasa hidup rukun damai dan cemerlang. Keadaan ini tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha dan doa. Olehitu sentiasalah berdoa untuk kebahagian keluarga.

Mendedahkan ajaran agama kepada anak-anak
Pendedahan awal akan menjadi agama sebagai suatu keterbiasaan. Dengan agama anak-anak mendapat panduan dan petunjuk sejak kecil. 

Bersikap adil kepada anak-anak
Sikap adil dan menjauhi kezaliman merupakan kebesaran intipati setiap agama kerana ia adalah tuntuan al-Quran yang merupakan perintah yang tidak ada tawar menawar.








No comments:

Post a Comment