Total Pageviews

Friday, November 4, 2011

BUGGY


Seronok hujung minggu dengan anak-anak gi ronda-ronda naik Buggy...pejalanan dan pengalaman memandu sendiri...tu yang best...keadaan yang redup di kelilingi hutan....sangat tenang dan perasan bosan pasti hilang.




Nielah Buggy yang kita orang naik....time rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan



Sukanya dia...seronok bila memandu...pengalaman yang pasti tak lupa

Friday, October 28, 2011

KUIH SERI AYU




Kuih Seri Ayu...kalau tengok kuih nie camna lah dapat nama tu nak kata ayu...tang mana gaknya ya....selalu makan kalau sarapan pagi ada je jual kat kedai...pasal nak tahu camna cara buat...so cubalah...dapat jugak rasa air tangan sendiri yang buat...sekali cuba ..pasti nak buat lagi...mari kita tengok apa resipinya:

- 2 biji telur
- 1 cawan gula
-2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 sk ovellate
- 1 sk perisa pandan
- pewarna hijau
- kelapa putih dengan sedikit tepung gandum dan garam

Cara penyediaannya:

Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellate dan pukul lagi...masukkan tepung, perisa pandan dan pewarna pukul sekali lagi...hingga sebati...seterusnya ..masukkan kelapa ke dalam acuan...tekan hingga mampat..tuangkan adunan ke dalam acuan..kukus selama 7 minit...bolehlah dihidangkan


 

Saturday, October 22, 2011

MUSIM HAJI

Musim haji dah tiba...seronok bila masa menghantar jemaah haji nie terasa ingin nak gi sekali entah bila gaknya dapat gi...kenangan menghantar kakak dan abang gi haji pada 13hb Oktober 2011 di kelana Jaya baru nie ...ramailak masa yang datang mengiringi...semoga dapat menyempurnakan haji dengan tenang dan sempurna...selamat pergi dan balik.





Nie semua anak, menantu dan cucu datang mengiring nenek mereka...masa nie lah yang sebak rasanya



Semoga semua berjalan lancar & mudah ...dan sentiasa sihat di sana untuk menjalankan ibadah haji nanti

Saturday, October 1, 2011

SENI JAHIT

Seni jahit...kekadang orang suka menjahit nie untung...bukan apa,dia orang berseni sebenarnya...kalau dah pandai menjahit...bukan sekadar baju je boleh buat..tapi bebenda..macam kraftangan pun..boleh dihasilkan...baguskan..dapat juga menjana pendapatan....ia juga boleh dijadikan hobi...suka tengok bebenda kretif nie..layan je



Yang nie bentuk burung hantu untuk anak perempuan sury...comelkan..sesuai letak kat beg atau pencilbox... kat belakang dia boleh letak nama




Bentuk kereta untuk anak lelaki sury...suka benar dia...warna bolehlah ikut suka masing2

Tuesday, September 27, 2011

HARI TERAKHIR

Sebut je hari terakhir rasa sedih pun ada...apa taknya kawan satu opis dah nak pindah dapat kerja baru...apa boleh buat hidup kena diteruskan..tahniah Ida semoga berjaya dalam hidup dan kerjaya baru..jangan lupa kat kita...jasamu yang mengajar buat blog nie akan ku kenang...jom layan hari-hari terakhir masa makan bersama ...


Posing kali terakhir untuk jadikan kenangan



Apa-apa je yang digelakkan tu...



Gelagat time menunggu makanan sampai...eemmm cepatlah..dah bosan + lapar



Cam ada yang tak kena je....jangan risau jap lagi sampai ya



Makan tengahari ...memang sedap dan menyelerakan apa lagi perut tengah lapar...yummm



Wednesday, September 14, 2011

PUDING

Hari nie...nak buat puding lak...yang nie buat untuk si kecil...tadika ada buat majlis sambutan hari raya...nak tak nak buat menu lagi untuk di bawa ke majlis tu nanti...jadilah puding mangga dan tembikai susu..



Puding yang ini...puding mangga...sury suka tengok warnanya


Yang nie puding tembikai susu...lemak manis  


Bila dah potong2 jadilah cam nie...

Saturday, September 10, 2011

KEK COKLAT

Kek Coklat...lama rasa tak buat kek...anak dah siap-siap order nak bawa kek ke sekolah...bukan apa sempena hari raya...kuih raya nak bawa pun rasa dah tak de..jadilah Kek Coklat penggantinya....suka benar bila dah siap..



Kek coklat yang di tabur dengan coklat rice....dah siap satu



Sepotong kek ...nak rasa ...mana boleh tengok je



Kek nie lak buatlah.. hiasan lain sikit nampak ceria sikit...budak2 pun suka

Tuesday, September 6, 2011

HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri...rasa tak terlambat nak ucapkan pada semua, raya kan sebulan...tahun nie raya macam biasalah anak-anak yang terlebih suka...yang bestnya raya boleh jumpa sanak saudara...yang mana jauh-jauh pun balik...hidangan kuih muih..macam-macam pun ada hai..kalau tak de ketupat dan lemang memang tak sah...semuanya nak rasa...nafsu tak terkawal dari turun 4 kilo waah..siap naik balik tu..aduh-aduh..nak buat camna nama pun raya...maaf zahir batin dipinta..kalau ada salah bahasa maaf ajelah ya...


Kalau tak de bebudak nie memang sunyi sepi rasanya..tengoklah macam-macam aksi yang dibuatnya



Dapat duit raya memang seronok...kecik-kecik nielah kena pandai menyimpan

Bertandang ke rumah jiran dan sanak saudara memanglah acara wajib untuk ziarah menziarahi serta maaf bermaafan...maaflah si kecik nie biasa buat aksi-aksi macam nie

Friday, August 26, 2011

HELLO BOS 5

Lama tak share dalam blog koleksi Kartun Hello Boss nie baru ada masa nak update 3 keratan kartun ragam Rosli dan Boss









Monday, August 15, 2011

KUIH KASWI

Kuih Kaswi..sememangnya kuih kegemaran...kuih yang mudah di sediakan...walaupun warnanya yang gelap tapi rasanya sedap dan tak menjemukan...lagi-lagi sesuai untuk berbuka puasa




Sebenarnya masa jenguk-jenguk kat blog Arah ada resipi Kuih Kaswi nie...apa lagi cuba try lah buat, bahan-bahan kuih kaswi:

- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 2 1/4 cawan tepung ubi
- 1 sudu tepung jagung
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan gula merah
- 9 cawan air
- 1/2 sudu besar kapur

Cara penyediaannya:

Masakkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air sehingga gula hancur dan sebati...bila dah masak tapis gula tadi..kemudian campurkan dengan air...dan sukat semula menjadi 9 cawan...seterusnya campurkan semua tepung dan kapur...bancur dengan 9 cawan air gula tadi sehingga sebati sedikit2...dan tapis...masukkan kedalam loyang yang telah di griss...kukus 45 minit...sekiranya ada air bertakung atas kuih..buangkan air tersebut dan kukus semua dalam 10 minit....setelah masak...biarkan ia benar-benar sejuk dan barulah boleh dipotong dan dihidangkan bersama kelapa parut ...memang enak pasti nak lagi...selamat mencuba

Sunday, August 14, 2011

BLUEBARRY CHEESE TART

Rasa teruja nak buat bluebarry cheese tart lak...alhamdulilah menjadi pas nie boleh buat lagi...lepas berbuka mulakan operasi...bahan-bahan dan beli kat bakery tadi...





Apa pun ini lah rupanya bluebarry cheese tart yang telah siap...akan datang boleh buat filling lain lak...corak bunga tu kena buat banyak kali...rasa baru kemas....happy tetap happy

Saturday, August 13, 2011

DOA

Bulan Ramadan yang penuh berkat ramai dikalangan kita memohon doa dan mengharapkan doanya makbul. Apa yang ingin sury kongsi bersama adalah petua-petua doa makbul yang terkandung didalam buku " Doa Zikir Harian"..mari kita sama-sama lihat:



- Berdoa dengan ikhlas kepada Allah
- Memulakan dan mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah di ikuti dengan selawat keatas Nabi s.a.w
- Bersungguh-sungguh ketika berdoa
- Berdoa dengan kusyuk dan rendah diri
- Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan
- Berdoa dengan sabar
- Sentiasa berdoa dalam setiap masa susah atau senang
- Tidak berdoa tentang pekara keburukan
- Tidak berdoa pada tempat maksiat
- Merendah suara
- Menghadap ke arah kiblat
- Berdoa dalam keadaan berwuduk
- Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat
- Menggunakan ayat-ayat yang ringkas tetapi padat dan penuh makna
- Menyeru Allah dengan nama-nama-Nya yang mulia
- Makan dan minum daripada benda yang halal
- Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang lain
- Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari
- Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa
- Mengaminkan doa yang dibaca


Friday, August 12, 2011

BUBUR LAMBUK

Bubur Lambuk..kalau bulan ramadan tiba, menu wajib nie  mesti ada menjadi sajian..hari nie seronok benar pasal ramai-ramai gi serbu kat Masjid Al-Alami..gara-gara Bubur Lambuk.



Macam-macam aksi...belum ambik lagi tapi bergambar sakan...maklumlah bukan senang nak jumpa program cam ni.

Eta dan Anis bukan main suka dah dapat Bubur Lambuk..senyum je



Wei...sibuk benar budak-budak nie macam-macam ada dengan Bubur masing2...tak tahan gaya Jiha..entah apa yang di katakan tu..


Nie baru betul...masing-masing dah sedia untuk bergambar..balik nanti jangan lupa Bubur Lambuk tau..selamat berbuka

Thursday, August 11, 2011

TART KASTARD

Salam Ramadan..rasanya dah lama tak update kat blog maklumlah sibuk memanjang..hari ni baru ada masa untuk berblog...Tart Kastard menu berbuka yang teringin nak buat akhirnya jadi gak...jom kita layan jelah apa yang ada..



Doh yang dah siap dibentuk dalam acuan tart


Sebelum dibakar kenalah dicucuk-cucuk dengan garfu supaya bila dibakar akan jadi masak sekata.



Apabila dah masak kulit tart tadi di bakar dalam 15 minit angkat dan sejukkan ..barulah masukkan kastard dalam tart tadi.. atasnya sury letak filling bluebarry



Sebenarnya atas kastard tadi bolehlah dihias dengan buah-buahan segar.. tapi pasal tak de stawberry, buah kiwi atau mangga.. jadilah letak je potongan oren untuk hiasan

Monday, July 25, 2011

SENI MANIK

Rasa teruja bila lihat manik-manik yang dijahit pada baju...cantik rasanya...ingin nak cuba...lalu kat mydin ada buka untuk belajar jahit manik..walaupun singkat dalam masa sejam dapatlah hasilkan beberapa bentuk....seronok lak buat bebenda camni...ada juga hasilnya..




















Sunday, July 17, 2011

KENDURI

Kenduri yang lama nak buat..terlaksana pada 16hb Julai 2011 yang lalu...sedara mara dan jiran tetangga berkumpul...seronok dapat bertanya khabar...kenduri arwah dan akikah...alhamdulilah semua selamat...menu utama...nasi ambang..memang menu tradisi.


Inilah nasi ambang...makan dalam dulang...sayur, sambal goreng temper, mee goreng dan ayam masak sambal...masa kenduri tu 14 dulang disediakan untuk hidangan..kalau yang tak biasa bolehlah makan guna pinggan..



Kuih muih turut disediakan untuk hidangan tetamu...2 jenis je buat sendiri yang lain sedara mara yang banyak beri sumbangan..terima kasih lah banyak2

Sunday, July 10, 2011

NASI AYAM


Nasi ayam... pilihan makan tengahari...ayam goreng madu bila pekena dengan nasi ayam memang best...tak yah masak lauk banyak2..yang penting..ada sup, sos dan kicap..penambah rasa..sudah cukup..kira memang jimat masa dan tenaga.

Bahan-bahannya:

2 cawan beras
1/4 bawang besar
bawang putih
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 inci halia
lada merah
minyak masak
air


untuk hiasan/ ulam
daun bawang
timun/ salad
tomato
bawang goreng

Cara penyediaannya:

Bersihkan ayam...potong ikut suka...tumbuk bawang putih dan halia..tumis dengan sedikit minyak hingga perang..seterusnya masukkan air, ayam, sup bunjut dan kuib ayam..masak sehingga ayam masak..untuk masak nasi bersihkan beras..ambil 2 cawan sup ayam..untuk masak nasi...masak seperti biasa...Kemudian keluarkan ayam..perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat dan madu...goreng dengan minyak penuh..untuk sos kicap...mayang bawang putih...tumiskan sedikit..masukkan kicap dan sedikit sup ayam...akhir sekali untuk sos lada...tumbukkan lada merah dan bawang putih...masukkan sos lada dan sedikit air.

Saturday, July 9, 2011

MAMAK CYBER 4

Mamak Cyber kali nie lawak dia boleh tahan gak...nak ajak budak jadi teman memancing...kekadang tak terfikir lawak budak nie

Nak bagi hadiah kenalah ikhlas...wah bungkus bukan main cantik lagi...tapi apa je yang dia bagi...eemmm


Ada je idea mamak nie nak bagi orang tahu...baru ada gaya..hehehe

Thursday, July 7, 2011

PAU KUKUS


Pau kukus ...terlintas nak buat untuk sarapan pagi....inti kelapa dah siap..pau jelah yang mudah disediakan...resipi ni..mudah untuk diikuti...hasilnya..bila masa kukus memang kembang habis..kalau makan lepas kukus lagi sedap..jom kita tengok apa bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum (300g)
1 cawan + 1 sudu makan air suam
 1sudu kecil planta
1 sudu makan susu pekat manis
1sudu kecil gula pasir
1/4  sudu kecil garam
1 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil maripan
kertas / daun pisang

Cara penyediaannya:

Satukan air suam, gula, garam dan maripan sebentar...sehingga ibu roti naik...masukkan tepung, planta dan susu..gaul dan ramas sehingga rata...masukkan ibu roti  tadi ke dalam adunan dan sehingga menjadi doh..seterusnya..masukkan minyak masak  dan uli sehingga sekata...hempas adunan 21 kali dan biarkan 10 ke 15 minit ...apabila adunan dah naik..ambil sedikit..leperkan dan masukkan inti....bulatkan dan letak pelapik pau..biarkan ia naik....dan bolehlah dikukus 5 hingga 6 minit sahaja.




Monday, July 4, 2011

CUP KEK OREN



Hari nie resipi cup kek oren rasa cam mudah...hati tak sabar nak mencuba...bahan-bahan pun simple je...walaupun penat bekerja seharian..tapi pasal minat semua tu tak de hal lah...hasilnya taklah mengecewakan..gebu dan lembut..sedap lak tu..tq sofinar

Bahan-bahan:

200 g mentega
200 g gula halus
200 g tepung naik sendiri
4 biji telur ayam
2 biji oren diparut kulitnya

Penyediannya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang... diikuti dengan  telur satu persatu dipukul lagi hingga kembang...seterusnya masukkan parutan kulit oren dan tepung..kacau perlahan-lahan dan guna teknik kaup balik..masuk adunan ke dalam acuan kertas 3/4 sahaja..kerana kek akan kembang..dan bakar 180 darjah selama 15 minit..siappp

Saturday, July 2, 2011

1 MURID 1 SUKAN


Program larian nie masuk dalam "THE MALAYSIAN BOOK OF RECORD"  lagi..serentak untuk semua sekolah ..SYABAS



Pagi-pagi dah kena daftar....berkumpul kat padang...mula larian 7.45 pagi...Ibubapa pun turut serta...memang meriah...tengok gelagat murid-murid sekolah...siap ambil gambar IZZATI dengan kawan-kawan sebaya