Total Pageviews

Monday, August 15, 2011

KUIH KASWI

Kuih Kaswi..sememangnya kuih kegemaran...kuih yang mudah di sediakan...walaupun warnanya yang gelap tapi rasanya sedap dan tak menjemukan...lagi-lagi sesuai untuk berbuka puasa




Sebenarnya masa jenguk-jenguk kat blog Arah ada resipi Kuih Kaswi nie...apa lagi cuba try lah buat, bahan-bahan kuih kaswi:

- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 2 1/4 cawan tepung ubi
- 1 sudu tepung jagung
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan gula merah
- 9 cawan air
- 1/2 sudu besar kapur

Cara penyediaannya:

Masakkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air sehingga gula hancur dan sebati...bila dah masak tapis gula tadi..kemudian campurkan dengan air...dan sukat semula menjadi 9 cawan...seterusnya campurkan semua tepung dan kapur...bancur dengan 9 cawan air gula tadi sehingga sebati sedikit2...dan tapis...masukkan kedalam loyang yang telah di griss...kukus 45 minit...sekiranya ada air bertakung atas kuih..buangkan air tersebut dan kukus semua dalam 10 minit....setelah masak...biarkan ia benar-benar sejuk dan barulah boleh dipotong dan dihidangkan bersama kelapa parut ...memang enak pasti nak lagi...selamat mencuba

No comments:

Post a Comment