Total Pageviews

Thursday, July 7, 2011

PAU KUKUS


Pau kukus ...terlintas nak buat untuk sarapan pagi....inti kelapa dah siap..pau jelah yang mudah disediakan...resipi ni..mudah untuk diikuti...hasilnya..bila masa kukus memang kembang habis..kalau makan lepas kukus lagi sedap..jom kita tengok apa bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum (300g)
1 cawan + 1 sudu makan air suam
 1sudu kecil planta
1 sudu makan susu pekat manis
1sudu kecil gula pasir
1/4  sudu kecil garam
1 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil maripan
kertas / daun pisang

Cara penyediaannya:

Satukan air suam, gula, garam dan maripan sebentar...sehingga ibu roti naik...masukkan tepung, planta dan susu..gaul dan ramas sehingga rata...masukkan ibu roti  tadi ke dalam adunan dan sehingga menjadi doh..seterusnya..masukkan minyak masak  dan uli sehingga sekata...hempas adunan 21 kali dan biarkan 10 ke 15 minit ...apabila adunan dah naik..ambil sedikit..leperkan dan masukkan inti....bulatkan dan letak pelapik pau..biarkan ia naik....dan bolehlah dikukus 5 hingga 6 minit sahaja.




Monday, July 4, 2011

CUP KEK OREN



Hari nie resipi cup kek oren rasa cam mudah...hati tak sabar nak mencuba...bahan-bahan pun simple je...walaupun penat bekerja seharian..tapi pasal minat semua tu tak de hal lah...hasilnya taklah mengecewakan..gebu dan lembut..sedap lak tu..tq sofinar

Bahan-bahan:

200 g mentega
200 g gula halus
200 g tepung naik sendiri
4 biji telur ayam
2 biji oren diparut kulitnya

Penyediannya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang... diikuti dengan  telur satu persatu dipukul lagi hingga kembang...seterusnya masukkan parutan kulit oren dan tepung..kacau perlahan-lahan dan guna teknik kaup balik..masuk adunan ke dalam acuan kertas 3/4 sahaja..kerana kek akan kembang..dan bakar 180 darjah selama 15 minit..siappp

Saturday, July 2, 2011

1 MURID 1 SUKAN


Program larian nie masuk dalam "THE MALAYSIAN BOOK OF RECORD"  lagi..serentak untuk semua sekolah ..SYABAS



Pagi-pagi dah kena daftar....berkumpul kat padang...mula larian 7.45 pagi...Ibubapa pun turut serta...memang meriah...tengok gelagat murid-murid sekolah...siap ambil gambar IZZATI dengan kawan-kawan sebaya

Thursday, June 30, 2011

NASI BERINGIN


Nasi Beringin atau nama lain Nasi Serai...cara masak tanpa santan senang diikuti dan menyelerakan..bau nasi nie memang harum ...cuba lah

Bahan-bahan:

2 cawan beras
1 sudu kecil jintan kasar
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 - 5 batang serai
1 sudu besar majerin
garam
air

Penyediaannya:

Tumbuk halus bawang besar, bawang putih dan halia..kemudian dititikan serai...panaskan periuk dan cairkan majerin..tumis dahulu jintan kasar...diikuti bahan yang ditumbuk dengan serai tadi..masukkan air dan garam..dan masak nasi seperti biasa

Friday, June 24, 2011

SELAMAT HARI JADI

Selamat Hari Jadi....Ayah... hari ini 24hb Jun 2011 adalah hari istimewa buat suami dan ayah kepada anak-anak sury ...selamat hari jadi semoga panjang umur dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang sempurna dan bahagia selalu... jom kita layan gambar cup kek yang cenonet dan comel -comel nie


Happy Birthday ....Ayah

Nie gambar cup kek yang cun betul ...ada bentuk love lagi...rasa sayang nak makan...yumm2


Cup kek nie gabungan warna yang berbeza...untuk kawan-kawan kat opis..memang dia orang suka sangat



Gara-gara tak sempat nak buat kek ...order jelah..thank you kat Maksu  Ayu Home Bakery yang membuat cup kek nie memang sedap...lain kali kita order lagi

Thursday, June 23, 2011

MUTIARA KATA 6

Keyakinan yang mendalam membuat orang kebal terhadap ejekan dan penghinaan.

Kalau pada waktu pagi dan petang seseorang itu telah beroleh aman sentosa daripada sebarang ganguan, itulah orang yang benar-benar bahagia.

Kehidupan adalah suatu giliran diantara senyum dan ratap. Air mata pula adalah masin, kerana ia adalah garam kehidupan.

Kita sebenarnya tidak pernah tua untuk belajar

Kesihatan badan adalah nikmat paling utama. Tetapi setelah kita sakit baru kita sedar apa erti kesihatan.

Rasa takut adalah tugas pendorong yang merbahaya. Ketakutan adalah naluri yang mendedahkan kita seperti haiwan, yakni makhluk yang tidak berakal.

Jangan terlalu mengharap "peluang" akan mengetuk pintu rezeki anda dua kali.

Sungguh dikesalkan bahawa jalan yang lurus selalu tidak diikuti orang.

Mereka yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuan dan sanggup  melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegang.

Jangan sekali-kali menangguhkan pekerjaan yang dapat dilakukan pada saat ini.

Jangan kecewa kerana dunia tidak mengenal anda tetapi kecewalah kerana anda tidak mengenali dunia.

Sunday, June 19, 2011

APAM DOT DOT






Apam Dot Dot ...nama pun camtu mungkin pasal ada dot dot yang menjadi menarik untuk di pelajari...bahan-bahannya seperti nie:

3 biji telur
275gm tepung gandum
225gm gula halus
150ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellate
filling - jem strawberry
pewarna dan esen vanilla

Cara penyediaannya:

masukkan semua bahan ke dalam mixer dengan kelajuan maksima sehingga kembang....bahagikan adunan kepada dua bahagian mengikut warna kegemaran..masukkan ke dalam piping bag...picit adunan setengah sahaja ke dalam mangkuk kertas... diikuti filling strawberry...picit lagi adunan yang sama warna sehingga penuh..akhir sekali dot dot kan dengan warna pilihan yang berbeza...kukus selama 10 minit sehingga 15 minit..bolehlah diangkat dan dihidangkan.