Total Pageviews

Monday, April 18, 2011

MUTIARA KATA 3

1.  Orang dapat merasai menang sementara kerana menentang kebenaran, tetapi akhirnya kebenarannya itu akan mentertawakannya juga.


2. Kalau anda melakukannya apa yang anda tidak patut lakukan, maka anda harus tanggung apa yang tidak patut menanggung.


3. Kebenaran itu bisa dijemur di cahaya matahari, dia tidak akan lekang. Biar ditinggalkan kena hujan lebat, dia tidak akan busuk.


4. Awasi musuh anda kerana dialah yang pertama mengesan kesalahan anda.


5. Penangguhan adalah satu kerugian kepada orang yang sudah bersedia.


6. Yang diperolehi dengan cara yang tidak baik, tidak akan dapat dinikmati dengan baik, kerana ia akan ter lepas daripada tangan kita semudah ia diperolehi.


7. Berhiaslah ketika ke masjid. Tandanya berhias itu tidak dilarang bahkan dianjurkan. Tetapi jangan berlebih-lebihan.


8. Keindahan dalam segala bidang dan segi kehidupan manusia dituntut oleh agama. Seorang Muslim dituntut oleh agamanya untuk mencintai keindahan alam dalam segala segi dan bidang kehidupannya.


9. Jikalau tangan pendek untuk membalas budi seseorang, hendaklah dipanjangkan lidah untuk memujinya.


10. Pangkalan ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamknnya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkannya.


11. Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini. Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripada keadaan itu sendiri.


12. Persiapan yang baik untuk masa depan adalah tugas yang terakhir dilakukan dengan sebaik-baiknya.


13. Timbang menimbang di dalam setiap pekerjaan adalah sangat diperkenankan Tuhan.


14. Gantungkan cita-citamu ditempat yang tinggi supaya tidak dapat dirosakkan oleh orang lain kerana cita-cita adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga lahir dan batin.


15. Orang yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai masa untuk membaca, tidak mahu tahu bahawa dalam jiwanya ada tanaga hebat dantersembunyi.


16. Perasaan sombong itu sama keadaannya dengan ayam jantan, disangkanya matahri terbitsetiap pagi kerana hendak mendengar kokokannya.


17. Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulai dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.


18. Kita menjatuhkan hukum dari hal yang lahir. Allah menguasai dari hal yang rahsia.


19. Empat pekara yang menimbulkan kasih sayang: Muka jernih, ringan tulang, mencari persesuaian masa dan sama yang di mulut dengan di hati.


20. Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkah laku dan anggotannya.


21. Pendidikan yang baik saja belum pasti menjamin watak yang baik.


22. Jangan mengira bahawa orang yang ketawabetul-betul riang gembira dalam hatinya. Kegembiraan sejati adalah suatu hal yang serius.


23. Tidur dengan mengingati tanggungjawab yang ditinggalkan adalah umpama tidur dengan berbebankan seguni pasir dibelakang anda.


24. Tujuan utama dalam pendididkan mendekatkan diri kepada Allah, bukan kerana mencari nama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang.


25. Kesabaran bukan berertinya tiada perasaan. Kesabaran ialah kesanggupan mengendalikan perasaan ketika sedih menimpa.


26. Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.


27. Kalau seseorang tidak dapat menemui ketenteraman dalam dirinya sendiri, sia-sia sahaja dia mencari di tempat orang lain.


28. Kebaikan adalah satu-satunya pelaburan yang tidak pernah gagal.


29. Apabila satu kedustaan telah dimulai, padahal ia merupakan satu dosa, dia mesti dipertahankan oleh kebolehan lain, sehingga seluruh kehidupannya adalah dusta semata-mata.


30. Berlumbalah mengerjakan kebaikan, di samping orang mengejakan apa yang dipandangnya baik.Apabila orang mengerjakan yang tidak baik,mari kita tegakkan yang baik.


31. Hidup yang bahagia ialah rasa puas hati. Jika kita senang dan berpuas hati terhadap hidup kita bererti kita telah mencapai puncak kebahagian.


32. Waktu laksana pisau yang mempunyai dua mata timbal balik, kalau dipergunakan, banyak pekerjaan dapatdiselesaikan dengan segera, tetapi kalau lalai, tangan sendiri yang akan dilukainya.


33. Kawan sejati dapat diibaratkan sebagai suatu tanaman yang lambat tumbuhnya dan harus bertahan menghadapi pukulan-pukulan nasib malang, sebelum berhak disebut sahabat sejati.


34. Ramai orang gagal dalam pergaulan hidup dan ditimpa krisis jiwa kerana tidak ada penyelesaian antara sikap lahir dan batin. Manusia menyeksa diri sendiri apabila sengaja melepaskan kejujuran.


35. Satu daripada sifat budi ialah jujur. Seseorang yang mengaku dirinya jujur, sentiasa menjaga perkataannya agar tidak bercampur bohong.

No comments:

Post a Comment