Total Pageviews

Tuesday, March 1, 2011

Mutiara Kata

Mutiara kata nie sury ambik dari kawan baik sury, daripada terbiar macam tu je baik sury abdikan dalam blog nie sekurang-kurangnya dapatlah dikongsi bersama. Renungkanlah mutiara kata ini.

1. Seorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperolehi cinta sejati.

2. Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual, lebih baik daripada ia meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberinya.

3. Kesusahan tidak semuanya seksaan, dan yang pahit itu bukan semuanya racun, tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus menerus.


4. Bahasa yang keluar daripada lidah adalah penyambung rasa yang ada dalam hati. Lafaz adalah wakil daripada makna. Kalau perasan kacau, nescaya bahasa pun kacau dan mundur. Yang kosong tidak dapat memberikan isi.

5. Hampir sesiapa pun tahu cari wang, tetapi tiada dalam sejuta yang tahu cara memakainya.

6. Manusia yang jujur ialah yang selalu sama antara perkataan dan perbuatannya.

7. Bekerja, berfikir dan belajar, itulah hidup. Siapa yang tidak bekerja, hidupnya di tanah. Siapa yang tiada berfikiran, tidak guna hidup. Dan untuk belajar itulah diberi hidup. Hidup dan belajar adalah kewajipan dari abad ke abad. Tiada kekecualian, baik anak-anak atau orang tua yang telah berambut putih.

8. Hilanglah satu ciri kelelakian seorang laki-laki apabila ia memakai pakaian dan perhiasan perempuan.

9. Politik adalah penyakit gila, yang dideritai oleh ramai orang untuk menguntungkan segelintir orang sahaja.

10. Kanak-kanak memerlukan contoh, bukan kritikan.

11. Manusia yang paling kuat di dunia ialah manusia yang boleh mengharungi kesukaran seorang diri.

12. Tidak ada yang lebih berbisa daripada "bisa lidah".

13. Lebih baik mengerti sedikit daripada salah mengerti.

14. Jangan menunggu sehingga esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini. Orang-orangyang mampu mengatasi keadaan akan cemerlang dari keadaan itu sendiri.

15. Kemahuan sangat penting kerana aksi dan kerja biasanyamengikut kemahuan, dengan kemahuan kita membuka pintu ke arah kejayaan.

16. Rahsia kejayaan ialah kemahuan dan keazaman yang berterusan.

17. Dengan ilmu, kehidupan menjadi enak, dengan seni kehidupan menjadi halus dan dengan agama hidup menjadi terarah dan bermakna.

18. Kebahagian terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.

19. Kita melihat bahagia seperti melihat pelangi, ia tidak pernah berada di atas kepala kita sendiri, tetapi berada di atas kepala orang lain.

20. Tiap-tiap sesuatu, apabila terlalu banyak akan menjadi murah, melainkan akal. Bertambah banyak ia bertambah tinggi harganya.

21. Berakal saja tidak cukup. Akal mesti digunakan dan cara menggunakannya hendaklah tepat. Hanya dengan bijak menggunakan akal, manuasia mendapat petunjuk ke arah keselamatn hidup.

22.Setiap daripada kita mesti berani melakukan sesuatu, jika memang sesuatu itu pernah dilakukan oleh orang lain.

23. Hidup ini bukan persambungan dari jam ke jam, dari hari ke hari, atau tahun ke tahun. Hidup adalah perjuangan.

24. Dalam ajaran islam, dunia ini harus diterima dengan rasa gembira kerana melalui dunia kita akan menempuh hidup akhirat.

25. Setiap makhluk sama ada binatang, mergastua atau unggas ada rezekinya masing-masing.Tetapi antara makhluk itu, manusialah yang kerap mati kelaparan.

26. Bersungguh-sungguh menegakkan pendirianmu selama hidup, ketahuilah bahawa kehidupan ini hanya berharga dan bermakna kerana keyakinan yang tegas dan tetap, serta usaha yang bersungguh-sungguh.

27. Pilih kerja yang anda cintai, dan anda tidak perlu bekerja biar pun sehari.

28. Tidak ada jalan keluar yang dipakai untuk menghindari diri daripada sesuatu, kecuali berfikir.

29. Jangan takut menghadapi kegagalan kerana kegagalan kita beroleh pengetahuan tentang kelemahan dan kekuatan diri kita.  Yang ditakuti ialah gagal beberapa kali dalam pekara yang sama.

30. Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

31. Tiada apa yang perlu ditakuti dalam hidup ini. Anda hanya perlu memahaminya.

32. Masa itulah yang manusia sentiasa cuba membunuh tetapi pada akhirnya itulah membunuhnya.

33. Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba keupayannya, yang menyerah sebelum berjuang.

34. Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja.

35.Hanya mereka yang mendapat didikan agama dan peradaban yang tertib ketika kanak-kanak dapat diharap berdiri tegak sewaktu menghadapi pancaroba.

No comments:

Post a Comment