Musim panas-panas cam hari nie...rasa nak buat Puding Kastard Berkuah Koktel....sambil membaca surat khabar tentang tragedi tanah runtuh di Hulu Langat...sian anak2 yatim tu..semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...amin. Bebalik Pudng & Koktel sesuai..menjadi pencuci mulut lepas makan...lemak manis rasanya...kalau sejuk lagi sedap.
Bahan-Bahan untuk Puding
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
2 sudu gula
Bahan-Bahan Untuk Kuah Koktel
1 tin Koktel
1 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
sedikit susu pekat
air masak
gula
Penyediaannya
Mulakan dengan membancuh tepung kastad dengan air kemudian bubuh gula.
Kacau dengan api yang kecil
Sehingga pekat dan berkilat
Masukkan puding tadi dalam bekas2 kecil dan sejukkan
Untuk kuah koktel...campurkan susu cair, susu pekat, gula dan air
Sekiranya cukup rasa masukkan koktel ke dalam kuah tadi dan sejukkan
Puding Kastad dan kuah koktel tadi bolehlah disatukan
Salam kenal Sury,
ReplyDeletePuding koktel ni memang best. Nyaman je tekak kalau makan time sejuk2. nice one! ;)
Ijan
terliur lak tengok puding nih.. :)
ReplyDelete