Total Pageviews

Wednesday, May 25, 2011

PERGINYA SEORANG TEMAN KERANA SLE

Sebelum memulakan bicara ini, rasanya saya sedekahkan Al-fatihah kepada temanku yang telah meninggal dunia hari ini iaitu Arwah Norazlina (Mek Na) pada 25hb Mei 2011 pada pukul 2.50 pagi dan dikebumikan di Rusila, Marang, Terengganu kerana menghidapi SLE ( Sistem Lupus Eritematisus). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong diantara orang-orang beriman..Amin

SLE adalah sejenis penyakit penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini membawa maut.

Kebiasaannya sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut.

Bagi penyakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ didalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan pesakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.

Terdapat lebih banyak pesakit wanita bebanding lelaki dengan nisbah 10 : 1 terutama dikalangan wanita yang berada dalam tahap subur lingkungan umur 20 hingga 40 tahun.

Punca-Punca Penyakit:

1. Disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang tidak normal terutama berkaitan dengan hormon-hormon tertentu.

2. Bahan-bahan genetik yang bertindak sebagai agen penyebab kegagalan sistem imun.


Sintom-Sintom Penyakit:

- Keletihan yang amat sangat
- Demam yang tidak menentu
- Pecah-pecah mulut
- Selsema
- Sakit bahagian kepala
- Sakit sendi-sendi dan otot
- Ganguan urat saraf
- Kiraan darah putih yang rendah
- Kiraan platelet yang rendah
- Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama
- Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak
- Kulit kemerah-merahan jika terdedah kepada cahaya matahari
- Alah kepada ubat yang mengandungi sulfur dan penisilin.
- Radang pada saluran darah didalam kulit
- Jari-jari menjadi pucat dan kebiruan jika terdedah kepada kesejukan
- Keguguran rambut dalam beberapa bulan
- Radang sendi kepada pesakit yang boleh membawa kepada kecacatan
- Gejala radang membran dibahagian jantung, paru-paru dan perut.
- Radang pada tisu-tisu otak mengakibatkan kemurungan dan sawan
- Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang

Komplikasi:

Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE.

- Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah
- Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak dibahagian leher danbahu.
- Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh
- Badan menjadi lebih berbulu
- Jerawat
- Lemah-lemat otot
- Ketarak
- Kemurungan
- Gastritis
- Tekanan darah tinggi
- Osteoporosis
- Garam dan air berkumpuldi dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak.

Langkah pencegahan kepada pesakit SLE:

- Elakkan tertekan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif.
- Merokok meningkatkan risiko SLE
- Pengubahsuaian gaya hidup, diet pemakananyang sihat dan bersenam





No comments:

Post a Comment