Total Pageviews

Friday, May 20, 2011

RASA KITA - DAGING KICAP




Masak apa untuk lauk tengahari nie...yang tinggal daging je yang lain stok habis..tanya orang umah menu apa...Daging Kicap..bolehlah layan je..anak-anak pun tak kisah ..buat kurang pedas biar semua boleh makan. Selamatlah si kecik tak meragam...kejap jelah masak.

Bahan-Bahan

1/2 kg daging dipotong nipis
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris
sedikit kayu manis, bunga lawangdan bunga cengkih
5 biji cili padi ditumbuk kasar
garam dan gula secukup rasa
kicah manis cth kicap kipas udang
sedikit asam jawa
sedikit air
2 biji lada merah dan 1biji timato
sedikt daun sup

Penyediaannya

Sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang putih,
bawang merah dan halia yang telah dihiris.
Diikuti bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis.
Kemudian setelah naik bau..masukkan daging dan air sehingga daging empuk.
Selepas daging empuk masukkan kicap, gula, garam dan air asam jawa.
Diikuti cili padi, lada merah dan tomato
Selepas mendidih, angkat dan tabutkan daun sup
Siap untuk dihidangkan




2 comments:

  1. su
    aduh.. meleleq air liur daku..
    sangat2 meleleq....

    nak sepiring ya... buat lauk esok tengahari

    ReplyDelete
  2. Boleh...tapi bila pun tak tahu..eemm rasa nak gi kedai ayu..bila balik johor nanti

    ReplyDelete