Total Pageviews

Monday, May 30, 2011

RASA KITA - APAM GULA HANGUS



Apam gula hangus...resepi nie diambik daripada blog kak Yatie...tq akak...bahan-bahan dia taklah susah mana mula-mula buat gula hangus menggunakan 1 cawan gula pasir...bila gula tadi dah berubah warna..kepada keperangan masukkan 1 cawan air panas...so jadilah dah gula hangus...sejukkan.

Step 2 lak ambil 2 biji telur dari peti sejuk...masukkan dalam blender..diikuti 2 sudu butter..1/2 cawan minyak masak dan 2 sudu susu...blend selama 3 minit..

Lepas tu..masukkan air gula hangus yang telah sejuk dan 1 sudu teh bikarbonat dalam blender tadi..blend lagi sehingga sebati. Barulah masukkan tepung gandum  1  1/2 cawan dalam blender tadi kisar bersama bahan-bahan tadi.

Bolehlah dimasukkan kedalam loyang atau bekas-bekas kecil...kukus dalam 15 minit...tengok hasilnya..jeng2..cam kat gambar bawah nie...gebu dan rasanya sedap..taklah terlalu manis..elok2 je rasanya



Sunday, May 29, 2011

RASA KITA - SPAGETTI



Rasa bosan lak ...nak tukar selera ...jadilah masak spagetti bolognese malay style...bahan-bahan cam biasalah bawang merah & bawang putih cincang-cincang...kena ada daging cincang...guna jenama Ramly..kira okeylah tu...tak lupa cendawan butang dalam tin..hiris-hiris halus...Sediakan minyak sikit atau butter...untuk menumis..masukkan bawang2 tadi...

Lepas tu masukkan daging hancur dan tomato puree ...kacau bahan-bahan tadi..apa lagi ya..setelah itu masukkan sedikit air.. bubuh garam & gula secukup rasa...last sekali masukkan cendawan butang..dah masak ... boleh dihidangkan dengan spagetti yang telah direbus..untuk hiasan letaklah..brokoli...baru nampak cantik..orang kata cun lah.. cam gambar kat atas tu yang dah siap untuk dimakan...yumm

Saturday, May 28, 2011

RAHSIA PERNIAGAAN



Ini cerita benar yang jarang didengar. Ini cerita seorang penulis yang berjaya. Begini kisahnya.... Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota. Seakan-akan mendesak. " Ada duit? Minta ayah waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit didalam poket satu-satu masa yang payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulialah mereka "sporting" dan tidak bayak meragam.

" Emak, ayah asyik minta duit... Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit, " bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar ditebak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadangan emak pendek. " 5 ringgit?" emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang RM5... Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberikannya.

Ayah selalu tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih "untung" RM5. Gelihati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang "pemintaan" ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengigatkan. Akhirnya saya memang sediakan "peruntukan" khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan "ekonomi" saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap senyum bila menerimanya. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi "ketajaman" rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun, setiap kali perjalanan pulang, kocek anak saya akan menjadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana "tidak ada", tetapi ada sesuatu yang lebih besaringin dicapainya tau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan saya yang dimulakan dengan kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga  mula pulang dengan kereta Kancil milik kami sendiri.

" Nanti besarlah kereta kamu ni..." ujar ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi pemintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah konsisten dengan sikapnya, ada saja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah.." Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin merasa saya merasa segan,duit diberi kepada anak.

" Kenapa dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya  sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sunggh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis,saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat,saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah kereta lagi untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun, saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai ahli koperat yang berjaya... Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana 'kekurangan' atau 'kelebihan' kami. Tetapi dia memberi kerana Allah....Mencontohi Allah Al-Wahhab itu.

Anda ingin tahu apa pesanan penulis itu kepada saya? Ya mari kita kongsi bersama:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu bapa yang tua bukan beban dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya mereka adalah aset untuk kita ( walaupun istilah itu, sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

" Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sabda Rasullulah SAW, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa.

Baiklah anda pembaca bagaimana? inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia 'perniagaan' yang jarang diperkatakan oleh para ahli korporat. Juga tidak ditulis didalam man-mana buku perniagaan.

Masih mempunyai ibu bapa? memberilah kepada mereka. Tidak ada? tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja....Ingin saya meminjam kata sahabat saya, Ustaz Hasrizal - Erti Hidup Pada Memberi.

Artikel ini diambil daripada Majalah Anis, Disember 2008


SENYUM SENDIRI

















Wednesday, May 25, 2011

PERGINYA SEORANG TEMAN KERANA SLE

Sebelum memulakan bicara ini, rasanya saya sedekahkan Al-fatihah kepada temanku yang telah meninggal dunia hari ini iaitu Arwah Norazlina (Mek Na) pada 25hb Mei 2011 pada pukul 2.50 pagi dan dikebumikan di Rusila, Marang, Terengganu kerana menghidapi SLE ( Sistem Lupus Eritematisus). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong diantara orang-orang beriman..Amin

SLE adalah sejenis penyakit penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini membawa maut.

Kebiasaannya sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut.

Bagi penyakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ didalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan pesakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.

Terdapat lebih banyak pesakit wanita bebanding lelaki dengan nisbah 10 : 1 terutama dikalangan wanita yang berada dalam tahap subur lingkungan umur 20 hingga 40 tahun.

Punca-Punca Penyakit:

1. Disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang tidak normal terutama berkaitan dengan hormon-hormon tertentu.

2. Bahan-bahan genetik yang bertindak sebagai agen penyebab kegagalan sistem imun.


Sintom-Sintom Penyakit:

- Keletihan yang amat sangat
- Demam yang tidak menentu
- Pecah-pecah mulut
- Selsema
- Sakit bahagian kepala
- Sakit sendi-sendi dan otot
- Ganguan urat saraf
- Kiraan darah putih yang rendah
- Kiraan platelet yang rendah
- Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama
- Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak
- Kulit kemerah-merahan jika terdedah kepada cahaya matahari
- Alah kepada ubat yang mengandungi sulfur dan penisilin.
- Radang pada saluran darah didalam kulit
- Jari-jari menjadi pucat dan kebiruan jika terdedah kepada kesejukan
- Keguguran rambut dalam beberapa bulan
- Radang sendi kepada pesakit yang boleh membawa kepada kecacatan
- Gejala radang membran dibahagian jantung, paru-paru dan perut.
- Radang pada tisu-tisu otak mengakibatkan kemurungan dan sawan
- Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang

Komplikasi:

Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE.

- Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah
- Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak dibahagian leher danbahu.
- Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh
- Badan menjadi lebih berbulu
- Jerawat
- Lemah-lemat otot
- Ketarak
- Kemurungan
- Gastritis
- Tekanan darah tinggi
- Osteoporosis
- Garam dan air berkumpuldi dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak.

Langkah pencegahan kepada pesakit SLE:

- Elakkan tertekan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif.
- Merokok meningkatkan risiko SLE
- Pengubahsuaian gaya hidup, diet pemakananyang sihat dan bersenam





Tuesday, May 24, 2011

PETANDA JODOH



Dua insan yang merasakan ada jodoh antara mereka pasti memiliki ikatan emosional, spriritual dan fizikal. Hanya dengan menatap mata atau suara, mereka akan merasakan getaran dan seolah ingin bersamanya. Antara petanda lain:

Petanda 1

Kamu dan dia selalu saling membantu dalam urusan remeh atau besar semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa melibatkan orang lain.

Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja didepan kamu. Samada percakapan atau perbuatan secara sepontan atau pun tidak.

Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu.

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan.

Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka.

Petanda 6

Dia tak peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Ini bererti dia sudah bersedia menerima kamu seadanya.

Petanda 7

Menerima kekurangan dan kelemahan pasangan

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu lebih selamat ditangannya daripada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Ataupun tidak dapat merahsiakan apa-apa perkara daripada si dia. Bererti pasangan sejati telah kamu temui.


Artikal ini dipetik dari Majalan Perempuan Jun 2010

Saturday, May 21, 2011

RASA KITA - PUDING & KOKTEL


Musim panas-panas cam hari nie...rasa nak buat Puding Kastard Berkuah Koktel....sambil membaca surat khabar tentang tragedi tanah runtuh di Hulu Langat...sian anak2 yatim tu..semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...amin. Bebalik Pudng & Koktel sesuai..menjadi pencuci mulut lepas makan...lemak manis rasanya...kalau sejuk lagi sedap.

Bahan-Bahan untuk Puding

1 cawan tepung kastard
5 cawan air
2 sudu gula

Bahan-Bahan Untuk Kuah Koktel

1 tin Koktel
1 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
sedikit susu pekat
air masak
gula

Penyediaannya

Mulakan dengan membancuh tepung kastad dengan air kemudian bubuh gula.
Kacau dengan api yang kecil
Sehingga pekat dan berkilat
Masukkan puding tadi dalam bekas2 kecil dan sejukkan

Untuk kuah koktel...campurkan susu cair, susu pekat, gula dan air
Sekiranya cukup rasa masukkan koktel ke dalam kuah tadi dan sejukkan
Puding Kastad dan kuah koktel tadi bolehlah disatukan