Keyakinan yang mendalam membuat orang kebal terhadap ejekan dan penghinaan.
Kalau pada waktu pagi dan petang seseorang itu telah beroleh aman sentosa daripada sebarang ganguan, itulah orang yang benar-benar bahagia.
Kehidupan adalah suatu giliran diantara senyum dan ratap. Air mata pula adalah masin, kerana ia adalah garam kehidupan.
Kita sebenarnya tidak pernah tua untuk belajar
Kesihatan badan adalah nikmat paling utama. Tetapi setelah kita sakit baru kita sedar apa erti kesihatan.
Rasa takut adalah tugas pendorong yang merbahaya. Ketakutan adalah naluri yang mendedahkan kita seperti haiwan, yakni makhluk yang tidak berakal.
Jangan terlalu mengharap "peluang" akan mengetuk pintu rezeki anda dua kali.
Sungguh dikesalkan bahawa jalan yang lurus selalu tidak diikuti orang.
Mereka yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuan dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegang.
Jangan sekali-kali menangguhkan pekerjaan yang dapat dilakukan pada saat ini.
Jangan kecewa kerana dunia tidak mengenal anda tetapi kecewalah kerana anda tidak mengenali dunia.
No comments:
Post a Comment