Total Pageviews

Saturday, June 18, 2011

KUIH GULUNG/ KETAYAP


Kuih gulung atau kuih ketayap nie nampak cantik tu yang teringin nak mencuba...last-last jadi gak..pasal kalau dulu mana ada corak-corak...kalau cakap kuih ketayap mesti satu kalar hijau je..sury ambik dari blog "From Bakery 2 Embroidery" memang best.

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
pewarna merah dan hijau
minyak masak

Inti Kelapa

Kelapa parut
Gula merah
Gula putih
sedikit garam

Cara penyediaannya:

Untuk membuat inti kelapa...masukkan semua bahan-bahan tadi..gaulkan selepas itu masak dengan api kecil sehingga sebati..bolehlah diangkat menjadi inti

Seterunya bagi penyediaan kulit kuih ketayap, masukkan semua bahan tepung gandum,air, garam dan telur sehingga sebati dan tapiskan..asingkan 2 kaler merah dan hijau..masukkan warna merah dalam bekas sos..seterusnya letak sedikit minyak dalam pan dan tuang adunan warna merah..buatlah corak yang digemari..masak dengan api yang kecil..selepas adunan merah nampak kering...masukkan warna hijau satu senduk..lenggangkan adunan tadi supaya menjadi rata keseluruh pan tadi....Biarkan ia masak..dan boleh diangkat...seterunya masukkan inti kelapa dan digulung.


No comments:

Post a Comment