Total Pageviews

Saturday, April 30, 2011

MUTIARA KATA 4

Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka bekerut. Kerut muka itu dengan sendirinya menambah kerut pekerjaan
Sejarah membuat orang bijaksana. Sajak-sajak mempertajamkan fikiran mereka. Falsafah membuat mereka memahami sesuatu. Moral membuat mereka serius. Logik boleh membuat mereka mempengaruhi orang lain.

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, Tetapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri.

Peti ilmu di dada, peti perkataan dilidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itu jahil.

Di kalangan masyarat kera tidak terdapat manusia, tetapi ada banyak kera di kalangan manusia.

Semua pengetahuan didapati menerusi belajar, kecuali cinta ia tumbuh sendiri tanda latihan atau paksaan

Orang yang menganggap dirinya paling bahagia, biasanya benar-benar bahagia, tetapi orang yang menganggap dirinya paling bijaksana biasanya orang yang paling bodoh.

Kekurangan pengetahuan adalah umpama malam gelap, seperti malam tidak diterangi oleh bulan dan bintang

Memamg mudah untuk berasa riang gembira jika hidup sentiasa lancar dan menyenangkan, laksana lagu yang merayu menawan hati. Tetapi orang yang pantas dipuji ialah orang yang masih sanggup tersenyum dalam keadaan yang serba menyayat hati

Berhati-hati terhadap kemarahan orang yang sabar

Belajar tanpa berfikir amat merugikan tetapi berfikir tanpabelajar lebih berbahaya

Apabila manusia mula diselubungi dengan kemarahan, pertimbangannya semakin menghilang

Jika kita tidak malu memikirkannya, maka kita tidak patut malu untuk menyatakannya

Berlaku jujur keseluruhannya kepada diri sendiri adalah latihan yang baik

Yang paling sukar dalam hidup ialah mengenali diri sendiri



No comments:

Post a Comment