Total Pageviews

Tuesday, April 12, 2011

MUTIARA KATA 2

1. Berlaku jujur keseluruhannya kepada diri sendiri adalah latihan yang baik.


2. Dia yang hendak mentadbir orang lain hendaklah terdahulunya menjadi tuan kepada dirinya.


3.Kesedaran betapa anda itu jahil adalah ke arah pengetahuan.


4. Hidup tidak akan memenuhi kehendak kita tetapi kita harus memenuhi kehendak hidup


5. Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi renggutlah dan tawanlah saat sekarang ini serta ambillah faedahnya.


6. Dosa yang seburuk-buruknya kepada rakan kita bukanlah kerana bencikan mereka, tetapi kerana bermuka-muka dengan mereka.


7. Sain menjanjikan kita kebenaran fakta tetapi ia tidak pernah menjanjikan kita keamanana dan kebahagian.


8. Jika anda asyik mengadili orang lain, anda tiada masa utuk menyayangi mereka.


9. Hanya penderitaan hidup mengajar manusia menghargai kebaikan dan keindahan hidup.


10. Penjara dibina dengan "batu undang-undang" rumah pelacuran dibina dengan "batu-batu agama".


11.Permulaan marah adalah gila, kesudahannya adalah menyesal.


12.Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa, tetapi jika engkau sabar, halangan itu mesti berhujung dan engkau mendapat pahala.


13. Buatlah baik kepada ibu dan bapamu, mudah-mudahan anakmu kelak berbuat baik kepadamu.


14.Berusahalah berbuat baik dengan segera. Lebih baik berbuat demikian pada hari ini daripada hari esok, kerana hidup ini adalah pendek, sedangkan waktu berlari kencang.


15. Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pandangan dan bertukar pengalaman, rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar.


16. Para pendidik umumnya berpendapat bahawa rumah adalah sekolah yang pertama bagi anak-anak dan ibunya seorang guru yang sangat berkuasa didalamnya.


17.Orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.


18. Kalau manusia ingin membunuh harimau ia disebut olaraga. Kalau harimau ingin membunuh manusia ia disebut keganasan.


19. Manusia memang selalu lalai memperhitungkan bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.


20. Kalau orang miskin menjadi kaya, ia sulit melihat ke tanah. Kalau seorang kaya menjadi miskin, ia sulit memandang ke langit.


21. Ilmu-ilmu yang kita perolehi melalui pergaulan hidup adalah laksana mutiara yang dilemparkan oleh ombakke tepi pantai. Itulah yang kita ambil dengan bangga, pada hal masih banyak lagi yang tersembunyi di dasar laut.


22. Mengagumi seseorang bererti berkeinginan menjadi sama seperti orang yang dikagumi, merasa iri hati terhadap seseorang bererti berkehendak untuk menyikirkannya.


23. Orang yang ingin mengoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncang dirinya


24. Orang yang terhormat mengemukakan sesuatu alasan dengan lengkap dan cepat keran ilmunya yang berbicara bukan sentimennya.


25. Jangan lemaskan diri anda kerana menolong orang yang lemas.


26. Anak-anak adalah umpama simen basah, apa yang jatuh ke atasnya akan meninggalkan kesan.


27. Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seorang yang cerdas tetapi pemalas.


28. Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan.


29. Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri.


30. Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusia mempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat.


31. Musah yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkan dia sebagai menyingkirkan bahaya daripada musuh-musuhmu.


32. Tidak ada jalan keluar yang dipakai untuk menghindari diri dari sesuatu, kecuali berfikir.


33. Hati tidak bergantung pada benda-benda yang fana. Siapa ada, belajarlah memberi, siapa bahagia, belajarlah kenal akan penderitaan.


34. Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri.


35. Ilmu lebih berharga daripada harta benda, sebab ilmu dapat menjagamu daripada malapetaka, sedangkan harta, kamu yang terpaksa menjaganya daripada malapetaka.


36. Nasib baik dan nasib malang adalah berjiran.


37. Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja, sementara sedekah kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah,iaitu bersedekah dan menguatkan hubungan persaudaraan.

No comments:

Post a Comment