Total Pageviews

Sunday, June 19, 2011

TAMAN RAMA-RAMA

Taman rama-rama...tempat menarik..habiskan masa hujung minggu...pasti seronok..aneka rama-rama dapat kita lihat



Rama-rama nie cantik gabungan dua waran hitam dan hijau...memang menarik





Rama-rama yang besar...kat sini pun boleh je jadi tempat dia parking




Bawa anak jalan-jalan..bukan main seronok je bila tengok banyak rama-rama dan reptilia lain





Kat kolam nie banyak ikan koi...kalau bagi makan kat ikan-ikan tu cepat je ikan tu datang....asyik sengeh je isyraf nie..suka benar dia





 Merak biru yang menarik bila ekornya dikembangkan..masa nie mula-mula nak masuk ke taman rama-rama...macam-macam haiwan lain pun boleh didapati kat sini



 Masa balik lak..si merak putih kembangkan ekor dia...wah..cantik gitu

Saturday, June 18, 2011

KUIH GULUNG/ KETAYAP


Kuih gulung atau kuih ketayap nie nampak cantik tu yang teringin nak mencuba...last-last jadi gak..pasal kalau dulu mana ada corak-corak...kalau cakap kuih ketayap mesti satu kalar hijau je..sury ambik dari blog "From Bakery 2 Embroidery" memang best.

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
pewarna merah dan hijau
minyak masak

Inti Kelapa

Kelapa parut
Gula merah
Gula putih
sedikit garam

Cara penyediaannya:

Untuk membuat inti kelapa...masukkan semua bahan-bahan tadi..gaulkan selepas itu masak dengan api kecil sehingga sebati..bolehlah diangkat menjadi inti

Seterunya bagi penyediaan kulit kuih ketayap, masukkan semua bahan tepung gandum,air, garam dan telur sehingga sebati dan tapiskan..asingkan 2 kaler merah dan hijau..masukkan warna merah dalam bekas sos..seterusnya letak sedikit minyak dalam pan dan tuang adunan warna merah..buatlah corak yang digemari..masak dengan api yang kecil..selepas adunan merah nampak kering...masukkan warna hijau satu senduk..lenggangkan adunan tadi supaya menjadi rata keseluruh pan tadi....Biarkan ia masak..dan boleh diangkat...seterunya masukkan inti kelapa dan digulung.


Sunday, June 12, 2011

KAMPUNG MORTEN

Malam-malam hari gi jalan-jalan dengan anak-anak meronda bandar melaka...rasa semua tempat dah pergi...melepak kat tepi sungai melaka..terfikir lak nak tengok Kampung Morten pada malam hari...eemm sampai je..memang destinasi menarik



Ini lah mercu tanda Kampung Morten...siap ada air pancut lagi...



Kalau nak lepak...nie lah tempaknya...sambil-sambil beborak...dapat tengok bot-bot pengunjung yang menyusuri sungai melaka...eemm tenang je


Rumah-rumah Melayu kat sini semua cantik-cantik dan unik....siap setiap rumah diterangi sinaran lampu



Kat Melaka nie...tak sah kalau rumah tak letak tangga batu....itu yang mahal tu



Rumah nie memang unit dan menarik...siap dengan replika rumah melaka lagi




Ini suasana di tepi sungai melaka pada waktu malam...nyaman dan tenang

Monday, June 6, 2011

PERTUNANGAN IZZA

Gambar-gambar diambil disekitar pertunangan izza...anak sedara...yang berlangsung pada 5hb Jun 2011 semoga kalian berdua berbahagia melalui saat-saat manis ini sehingga termetrai...ikatan perkahwinan..


Manis dan ayu, Izza berbaju putih...seyum je ya...dah jadi tunang orang



Hantaran...sebagai hadiah daripada pihak perempuan...gabungan warna-warna lembut...nice



Apa je yang tersenyum lebar tu....tentu ada je yang mencuit hati

Saturday, June 4, 2011

THAQIF CEPAT SEMBUH





Hari nie dah masuk 3 hari Thaqif demam..batuk..semoga anak mama sihat..cam selalu...kadang-kadang susah hati benar tengok dia..merengek dan batuk rasa nak je sakit tu pindah kat kita...tiada apa yang lebih berharga dan gembira melihat anak kita...sihat dan aktif semula...semoga cepat sembuh 

Friday, June 3, 2011

KEHIJAUAN KAMPUNG

Rasa tenang dok kat kampung...bila tengok kehijauan kampung...banyak hasilnya kalau kita rajin....masa cuti sekolahlah nie ajak anak-anak balik kampung tengok nenek dengan atok dia...







Bunga-bunga nie emak yang tanam hidup subur dan senang hidup...ada merah dan ada putih..cantik gak..bila tengok


Pokok betik nie tengah bebuah.. banyak kegunaannya..buahnya boleh dimakan atau boleh dibuat lauk..masak lemak atau masak air...daun betik yang muda banyak khasiatnya...emak selalu celur buat ulam atau buat kerabu..memang sedap





Kalau siapa yang tak kenal buah pulasan.. nielah rupa dia..kalau masak warnanya bertukar merah..rasanya manis...kalau  nak makan kena pulas dulu  tu gaknya nama dia Pulasan..kalau muda cam nie dua tiga bulan barulah boleh rasa...tunggu je lah





Ha..nie lada...atau orang kata cili padi..banyak buahnya tu..tak yah susah-susah gi kedai masa-masa darurat...petik je kat tepi umah..eemmm..jimat-jimat

Wednesday, June 1, 2011

PETUA DI DAPUR



Menghilangkan hanyir Ikan

Cara mudah untuk menghilangkan hanyir ikan ialah dengan menggunakan sedikit garam dan lima biji limau kasturi yang telah dibelah dua. Ramas kedua-dua bahan ini dengan air. Kemudian rendamkan bersama ikan selama 10 minit. 




Halia dan bawang putih lembutkan daging

Bagi melembutkan daging lebihkan halia dan bawang putih dalam masakan. Ia juga melazatkan lagi masakan anda




Donat lebih gebu

Enaknya menikmati donat yang lembut. Cara menghasilkannya pun tidak sesukar mana. Hanya campukan air kelapa bersama adunan donat dan akan mendapati donat itu sangat gebu.


Artikel ini dipetik dari Majalah Wanita Jun 2011