Total Pageviews

Thursday, July 7, 2011

PAU KUKUS


Pau kukus ...terlintas nak buat untuk sarapan pagi....inti kelapa dah siap..pau jelah yang mudah disediakan...resipi ni..mudah untuk diikuti...hasilnya..bila masa kukus memang kembang habis..kalau makan lepas kukus lagi sedap..jom kita tengok apa bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum (300g)
1 cawan + 1 sudu makan air suam
 1sudu kecil planta
1 sudu makan susu pekat manis
1sudu kecil gula pasir
1/4  sudu kecil garam
1 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil maripan
kertas / daun pisang

Cara penyediaannya:

Satukan air suam, gula, garam dan maripan sebentar...sehingga ibu roti naik...masukkan tepung, planta dan susu..gaul dan ramas sehingga rata...masukkan ibu roti  tadi ke dalam adunan dan sehingga menjadi doh..seterusnya..masukkan minyak masak  dan uli sehingga sekata...hempas adunan 21 kali dan biarkan 10 ke 15 minit ...apabila adunan dah naik..ambil sedikit..leperkan dan masukkan inti....bulatkan dan letak pelapik pau..biarkan ia naik....dan bolehlah dikukus 5 hingga 6 minit sahaja.




1 comment:

  1. Wahhh sedapnya...tp cheq sue lagi suka pau inti kacang hijau... lama dah tak makan

    ReplyDelete