Total Pageviews

Tuesday, September 6, 2011

HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri...rasa tak terlambat nak ucapkan pada semua, raya kan sebulan...tahun nie raya macam biasalah anak-anak yang terlebih suka...yang bestnya raya boleh jumpa sanak saudara...yang mana jauh-jauh pun balik...hidangan kuih muih..macam-macam pun ada hai..kalau tak de ketupat dan lemang memang tak sah...semuanya nak rasa...nafsu tak terkawal dari turun 4 kilo waah..siap naik balik tu..aduh-aduh..nak buat camna nama pun raya...maaf zahir batin dipinta..kalau ada salah bahasa maaf ajelah ya...


Kalau tak de bebudak nie memang sunyi sepi rasanya..tengoklah macam-macam aksi yang dibuatnya



Dapat duit raya memang seronok...kecik-kecik nielah kena pandai menyimpan

Bertandang ke rumah jiran dan sanak saudara memanglah acara wajib untuk ziarah menziarahi serta maaf bermaafan...maaflah si kecik nie biasa buat aksi-aksi macam nie

Friday, August 26, 2011

HELLO BOS 5

Lama tak share dalam blog koleksi Kartun Hello Boss nie baru ada masa nak update 3 keratan kartun ragam Rosli dan Boss









Monday, August 15, 2011

KUIH KASWI

Kuih Kaswi..sememangnya kuih kegemaran...kuih yang mudah di sediakan...walaupun warnanya yang gelap tapi rasanya sedap dan tak menjemukan...lagi-lagi sesuai untuk berbuka puasa




Sebenarnya masa jenguk-jenguk kat blog Arah ada resipi Kuih Kaswi nie...apa lagi cuba try lah buat, bahan-bahan kuih kaswi:

- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 2 1/4 cawan tepung ubi
- 1 sudu tepung jagung
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan gula merah
- 9 cawan air
- 1/2 sudu besar kapur

Cara penyediaannya:

Masakkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air sehingga gula hancur dan sebati...bila dah masak tapis gula tadi..kemudian campurkan dengan air...dan sukat semula menjadi 9 cawan...seterusnya campurkan semua tepung dan kapur...bancur dengan 9 cawan air gula tadi sehingga sebati sedikit2...dan tapis...masukkan kedalam loyang yang telah di griss...kukus 45 minit...sekiranya ada air bertakung atas kuih..buangkan air tersebut dan kukus semua dalam 10 minit....setelah masak...biarkan ia benar-benar sejuk dan barulah boleh dipotong dan dihidangkan bersama kelapa parut ...memang enak pasti nak lagi...selamat mencuba

Sunday, August 14, 2011

BLUEBARRY CHEESE TART

Rasa teruja nak buat bluebarry cheese tart lak...alhamdulilah menjadi pas nie boleh buat lagi...lepas berbuka mulakan operasi...bahan-bahan dan beli kat bakery tadi...





Apa pun ini lah rupanya bluebarry cheese tart yang telah siap...akan datang boleh buat filling lain lak...corak bunga tu kena buat banyak kali...rasa baru kemas....happy tetap happy

Saturday, August 13, 2011

DOA

Bulan Ramadan yang penuh berkat ramai dikalangan kita memohon doa dan mengharapkan doanya makbul. Apa yang ingin sury kongsi bersama adalah petua-petua doa makbul yang terkandung didalam buku " Doa Zikir Harian"..mari kita sama-sama lihat:



- Berdoa dengan ikhlas kepada Allah
- Memulakan dan mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah di ikuti dengan selawat keatas Nabi s.a.w
- Bersungguh-sungguh ketika berdoa
- Berdoa dengan kusyuk dan rendah diri
- Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan
- Berdoa dengan sabar
- Sentiasa berdoa dalam setiap masa susah atau senang
- Tidak berdoa tentang pekara keburukan
- Tidak berdoa pada tempat maksiat
- Merendah suara
- Menghadap ke arah kiblat
- Berdoa dalam keadaan berwuduk
- Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat
- Menggunakan ayat-ayat yang ringkas tetapi padat dan penuh makna
- Menyeru Allah dengan nama-nama-Nya yang mulia
- Makan dan minum daripada benda yang halal
- Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang lain
- Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari
- Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa
- Mengaminkan doa yang dibaca


Friday, August 12, 2011

BUBUR LAMBUK

Bubur Lambuk..kalau bulan ramadan tiba, menu wajib nie  mesti ada menjadi sajian..hari nie seronok benar pasal ramai-ramai gi serbu kat Masjid Al-Alami..gara-gara Bubur Lambuk.



Macam-macam aksi...belum ambik lagi tapi bergambar sakan...maklumlah bukan senang nak jumpa program cam ni.

Eta dan Anis bukan main suka dah dapat Bubur Lambuk..senyum je



Wei...sibuk benar budak-budak nie macam-macam ada dengan Bubur masing2...tak tahan gaya Jiha..entah apa yang di katakan tu..


Nie baru betul...masing-masing dah sedia untuk bergambar..balik nanti jangan lupa Bubur Lambuk tau..selamat berbuka

Thursday, August 11, 2011

TART KASTARD

Salam Ramadan..rasanya dah lama tak update kat blog maklumlah sibuk memanjang..hari ni baru ada masa untuk berblog...Tart Kastard menu berbuka yang teringin nak buat akhirnya jadi gak...jom kita layan jelah apa yang ada..



Doh yang dah siap dibentuk dalam acuan tart


Sebelum dibakar kenalah dicucuk-cucuk dengan garfu supaya bila dibakar akan jadi masak sekata.



Apabila dah masak kulit tart tadi di bakar dalam 15 minit angkat dan sejukkan ..barulah masukkan kastard dalam tart tadi.. atasnya sury letak filling bluebarry



Sebenarnya atas kastard tadi bolehlah dihias dengan buah-buahan segar.. tapi pasal tak de stawberry, buah kiwi atau mangga.. jadilah letak je potongan oren untuk hiasan