Total Pageviews

Monday, May 30, 2011

RASA KITA - APAM GULA HANGUS



Apam gula hangus...resepi nie diambik daripada blog kak Yatie...tq akak...bahan-bahan dia taklah susah mana mula-mula buat gula hangus menggunakan 1 cawan gula pasir...bila gula tadi dah berubah warna..kepada keperangan masukkan 1 cawan air panas...so jadilah dah gula hangus...sejukkan.

Step 2 lak ambil 2 biji telur dari peti sejuk...masukkan dalam blender..diikuti 2 sudu butter..1/2 cawan minyak masak dan 2 sudu susu...blend selama 3 minit..

Lepas tu..masukkan air gula hangus yang telah sejuk dan 1 sudu teh bikarbonat dalam blender tadi..blend lagi sehingga sebati. Barulah masukkan tepung gandum  1  1/2 cawan dalam blender tadi kisar bersama bahan-bahan tadi.

Bolehlah dimasukkan kedalam loyang atau bekas-bekas kecil...kukus dalam 15 minit...tengok hasilnya..jeng2..cam kat gambar bawah nie...gebu dan rasanya sedap..taklah terlalu manis..elok2 je rasanya



Sunday, May 29, 2011

RASA KITA - SPAGETTI



Rasa bosan lak ...nak tukar selera ...jadilah masak spagetti bolognese malay style...bahan-bahan cam biasalah bawang merah & bawang putih cincang-cincang...kena ada daging cincang...guna jenama Ramly..kira okeylah tu...tak lupa cendawan butang dalam tin..hiris-hiris halus...Sediakan minyak sikit atau butter...untuk menumis..masukkan bawang2 tadi...

Lepas tu masukkan daging hancur dan tomato puree ...kacau bahan-bahan tadi..apa lagi ya..setelah itu masukkan sedikit air.. bubuh garam & gula secukup rasa...last sekali masukkan cendawan butang..dah masak ... boleh dihidangkan dengan spagetti yang telah direbus..untuk hiasan letaklah..brokoli...baru nampak cantik..orang kata cun lah.. cam gambar kat atas tu yang dah siap untuk dimakan...yumm

Saturday, May 28, 2011

RAHSIA PERNIAGAAN



Ini cerita benar yang jarang didengar. Ini cerita seorang penulis yang berjaya. Begini kisahnya.... Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota. Seakan-akan mendesak. " Ada duit? Minta ayah waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit didalam poket satu-satu masa yang payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulialah mereka "sporting" dan tidak bayak meragam.

" Emak, ayah asyik minta duit... Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit, " bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar ditebak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadangan emak pendek. " 5 ringgit?" emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang RM5... Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberikannya.

Ayah selalu tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih "untung" RM5. Gelihati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang "pemintaan" ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengigatkan. Akhirnya saya memang sediakan "peruntukan" khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan "ekonomi" saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap senyum bila menerimanya. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi "ketajaman" rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun, setiap kali perjalanan pulang, kocek anak saya akan menjadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana "tidak ada", tetapi ada sesuatu yang lebih besaringin dicapainya tau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan saya yang dimulakan dengan kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga  mula pulang dengan kereta Kancil milik kami sendiri.

" Nanti besarlah kereta kamu ni..." ujar ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi pemintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah konsisten dengan sikapnya, ada saja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah.." Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin merasa saya merasa segan,duit diberi kepada anak.

" Kenapa dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya  sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sunggh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis,saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat,saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah kereta lagi untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun, saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai ahli koperat yang berjaya... Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana 'kekurangan' atau 'kelebihan' kami. Tetapi dia memberi kerana Allah....Mencontohi Allah Al-Wahhab itu.

Anda ingin tahu apa pesanan penulis itu kepada saya? Ya mari kita kongsi bersama:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu bapa yang tua bukan beban dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya mereka adalah aset untuk kita ( walaupun istilah itu, sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

" Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sabda Rasullulah SAW, keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa.

Baiklah anda pembaca bagaimana? inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia 'perniagaan' yang jarang diperkatakan oleh para ahli korporat. Juga tidak ditulis didalam man-mana buku perniagaan.

Masih mempunyai ibu bapa? memberilah kepada mereka. Tidak ada? tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja....Ingin saya meminjam kata sahabat saya, Ustaz Hasrizal - Erti Hidup Pada Memberi.

Artikel ini diambil daripada Majalah Anis, Disember 2008


SENYUM SENDIRI

















Wednesday, May 25, 2011

PERGINYA SEORANG TEMAN KERANA SLE

Sebelum memulakan bicara ini, rasanya saya sedekahkan Al-fatihah kepada temanku yang telah meninggal dunia hari ini iaitu Arwah Norazlina (Mek Na) pada 25hb Mei 2011 pada pukul 2.50 pagi dan dikebumikan di Rusila, Marang, Terengganu kerana menghidapi SLE ( Sistem Lupus Eritematisus). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong diantara orang-orang beriman..Amin

SLE adalah sejenis penyakit penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini membawa maut.

Kebiasaannya sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut.

Bagi penyakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ didalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan pesakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.

Terdapat lebih banyak pesakit wanita bebanding lelaki dengan nisbah 10 : 1 terutama dikalangan wanita yang berada dalam tahap subur lingkungan umur 20 hingga 40 tahun.

Punca-Punca Penyakit:

1. Disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang tidak normal terutama berkaitan dengan hormon-hormon tertentu.

2. Bahan-bahan genetik yang bertindak sebagai agen penyebab kegagalan sistem imun.


Sintom-Sintom Penyakit:

- Keletihan yang amat sangat
- Demam yang tidak menentu
- Pecah-pecah mulut
- Selsema
- Sakit bahagian kepala
- Sakit sendi-sendi dan otot
- Ganguan urat saraf
- Kiraan darah putih yang rendah
- Kiraan platelet yang rendah
- Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama
- Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak
- Kulit kemerah-merahan jika terdedah kepada cahaya matahari
- Alah kepada ubat yang mengandungi sulfur dan penisilin.
- Radang pada saluran darah didalam kulit
- Jari-jari menjadi pucat dan kebiruan jika terdedah kepada kesejukan
- Keguguran rambut dalam beberapa bulan
- Radang sendi kepada pesakit yang boleh membawa kepada kecacatan
- Gejala radang membran dibahagian jantung, paru-paru dan perut.
- Radang pada tisu-tisu otak mengakibatkan kemurungan dan sawan
- Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang

Komplikasi:

Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE.

- Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah
- Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak dibahagian leher danbahu.
- Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh
- Badan menjadi lebih berbulu
- Jerawat
- Lemah-lemat otot
- Ketarak
- Kemurungan
- Gastritis
- Tekanan darah tinggi
- Osteoporosis
- Garam dan air berkumpuldi dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak.

Langkah pencegahan kepada pesakit SLE:

- Elakkan tertekan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif.
- Merokok meningkatkan risiko SLE
- Pengubahsuaian gaya hidup, diet pemakananyang sihat dan bersenam





Tuesday, May 24, 2011

PETANDA JODOH



Dua insan yang merasakan ada jodoh antara mereka pasti memiliki ikatan emosional, spriritual dan fizikal. Hanya dengan menatap mata atau suara, mereka akan merasakan getaran dan seolah ingin bersamanya. Antara petanda lain:

Petanda 1

Kamu dan dia selalu saling membantu dalam urusan remeh atau besar semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa melibatkan orang lain.

Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja didepan kamu. Samada percakapan atau perbuatan secara sepontan atau pun tidak.

Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu.

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan.

Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka.

Petanda 6

Dia tak peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Ini bererti dia sudah bersedia menerima kamu seadanya.

Petanda 7

Menerima kekurangan dan kelemahan pasangan

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu lebih selamat ditangannya daripada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Ataupun tidak dapat merahsiakan apa-apa perkara daripada si dia. Bererti pasangan sejati telah kamu temui.


Artikal ini dipetik dari Majalan Perempuan Jun 2010

Saturday, May 21, 2011

RASA KITA - PUDING & KOKTEL


Musim panas-panas cam hari nie...rasa nak buat Puding Kastard Berkuah Koktel....sambil membaca surat khabar tentang tragedi tanah runtuh di Hulu Langat...sian anak2 yatim tu..semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...amin. Bebalik Pudng & Koktel sesuai..menjadi pencuci mulut lepas makan...lemak manis rasanya...kalau sejuk lagi sedap.

Bahan-Bahan untuk Puding

1 cawan tepung kastard
5 cawan air
2 sudu gula

Bahan-Bahan Untuk Kuah Koktel

1 tin Koktel
1 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
sedikit susu pekat
air masak
gula

Penyediaannya

Mulakan dengan membancuh tepung kastad dengan air kemudian bubuh gula.
Kacau dengan api yang kecil
Sehingga pekat dan berkilat
Masukkan puding tadi dalam bekas2 kecil dan sejukkan

Untuk kuah koktel...campurkan susu cair, susu pekat, gula dan air
Sekiranya cukup rasa masukkan koktel ke dalam kuah tadi dan sejukkan
Puding Kastad dan kuah koktel tadi bolehlah disatukan




MUTIARA KATA 5

Orang yang menghadapi pekerjaan dengan sombong dan takbur, selamanya tidak akan mengecap rasa bahagia meskipun ia mengecap kemajuan dalam pekerjaannya.

Apabila dua manusia suka dan benci kepada benda dan perkara yang sama, sesungguhnya itulah persahabatan yang tulin.

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan tidak benar amat panas dalam tangan, menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.

Jika kita suka merasakan kegembiraan orang lain, tentu kegembiraan itu akan singgah kepada kita terlebih dahulu.

Di atas dunia ini tiada yang setara dengan manusia. Di dalam manusia tiada yang boleh dibandingkan dengan mindanya.

Ramai yang bertungkus lumus untuk mendapatkan nafkah bagi membeli sebantal roti walhal sekeping sudah mencukupi.

Seseorang itu hendaklah memeriksa dirinya buat satu ketika yang lama sebelum memikirkan untuk mengutuk orang lain.

Ya dan tidak, dua kata tertua tersenang sekali, tetapi perlukan pemikiran terbanyak.

Friday, May 20, 2011

RASA KITA - DAGING KICAP




Masak apa untuk lauk tengahari nie...yang tinggal daging je yang lain stok habis..tanya orang umah menu apa...Daging Kicap..bolehlah layan je..anak-anak pun tak kisah ..buat kurang pedas biar semua boleh makan. Selamatlah si kecik tak meragam...kejap jelah masak.

Bahan-Bahan

1/2 kg daging dipotong nipis
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris
sedikit kayu manis, bunga lawangdan bunga cengkih
5 biji cili padi ditumbuk kasar
garam dan gula secukup rasa
kicah manis cth kicap kipas udang
sedikit asam jawa
sedikit air
2 biji lada merah dan 1biji timato
sedikt daun sup

Penyediaannya

Sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang putih,
bawang merah dan halia yang telah dihiris.
Diikuti bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis.
Kemudian setelah naik bau..masukkan daging dan air sehingga daging empuk.
Selepas daging empuk masukkan kicap, gula, garam dan air asam jawa.
Diikuti cili padi, lada merah dan tomato
Selepas mendidih, angkat dan tabutkan daun sup
Siap untuk dihidangkan




RASA KITA - MEE BANDUNG





Mee Bandung..Mee Bandung tu yang dok buat teringat-ingatlak...kenalah buat...bahan semua ada..pe lagi mulakanlah operasi...sangup tak makan nasi kerana Mee Bandung, makan kena panas-panas baru sedappp... 

Bahan-Bahan

1 peket mee kuning
4-6 ekor udang basah
50g udang kering + geragau (kisar)
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkaicili kering
1/4 cawan kacang tanah (goreng & kisar)
4 biji telur
sawi (celur)
bawang goreng
Air rebusan daging
gula
garam

Penyediaannya

Celur mee kuning & sawi.. toskan
Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering
Tumis semua bahan yang telah dikisar termasuk udang kering tadi hingga naik bau
Kemudian masukkan air rebusan daging & udang basah
Seterusnya masukkan garam & gula..kecilakn api
untuk pecahkan telur satu persatu
Selepas ia mendidih bolehlah dituangkan keatas mee yang telah dicelur tadi.
Hias dengan sawi dan bawang goreng
Bolehlah dihidangkan kepada tetamu yang datang




Wednesday, May 18, 2011

HELLO BOSS 4

Ada masalah juga boss nie tengah meeting ...pun kena kacau..eemm pandai-pandailah boss tangani masalah opis dan rumahtangga...  



Kali ini kita lihat ragam Rosli cara mengambil hati bos..ada udang disebalik batu...jangan cam tu buatlah secara ikhlas...semoga ianya diberkati.  



Lah...ingatkan Rosli je buat cam tu rupa-rupanya ada kekawan dia yang mengikut...eemm  


Kalau ia pun janganlah kedekut sangat menyumbang untuk persatuan apa salahnya...betul tak gitu Rosli..


Monday, May 16, 2011

RASA KITA - DONAT

 





Sempena Hari Guru di sekolah diadakan sukaneka....pemintaan anak kenalah dipenuhi walaupun hari ini cuti..Donat nie buat bekalan ...Selamat Hari Guru...semoga semua guru-guru dapat mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia berguna dan dihormati. 

Bahan-Bahan

1/2kg Tepung Gandum
1/2 paket Maripan
2 Sb Gula
3 Sb Majerin
1 biji Telur
Air - Agak2 Adunan tidak lekat dan sebati
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara2 penyediaan

Sediakan tepung yang sudah diayak. Masukkan maripan dan 2 sudu gula dibancuh dengan air ke dalam tepung. Diikuti telur 1 biji dan 3 sudu Majerin. Gaulkan adunan tadi hingga menjadi doh.Tinggalkan adunan tadi 20 hingga 30 minit. Selepas itu uli lagi dan bolehlah dibentuk mengikut citarasa masing2. Biarkan ia naik dan bolehlah digoreng. Selepas itu angkat dan salutkan donat tadi dengan gula halus atau coklat masak yang dicairkan.

Sunday, May 15, 2011

RASA KITA - KEK KUKUS ASAM MANIS



Hari nie buat Kek Kukus Asam Manis (Hawflakes)...kek ini boleh menggunakan tepung biskut atau pun tepung gandum biasa...rasanya yang masam-masam manis sesuai untuk minum petang ataupun di majlis-majlis keramaian. Gabungan warna yang menarik dan lapisan Asam Manis menjadi pembuka selera kepada pengemarnya.

Saturday, May 14, 2011

IBU BAPA CEMERLANG



Terdapat beberapa beberapa ciri utama yang perlu diperlihatkan oleh ibu bapa sebagai model untuk menjaga anak-anak yang cemerlang. Oleh itu sebagai pemimpin keluarga ibu bapa seharusnya bijak memperlihatkan tingkah laku yang cemerlang dan bermotevasi.

Mempunyai nilai diri yang tinggi
Nilai diri akan mempengaruhi setiap perlakuan seseorang sama ada yang positif atau negatif.

Mengamalkan cara hidup yang sihat
Untuk menjadi model ibu bapa seharusnya mengamalkan cara hidup yang sihat. Gejala-gejala negatif tidak seharusnya diamalkan dalam rumah tangga.

Mempunyai pemikiran yang positif
Ibu bapa sendiri semestinya mempunyai sikap yang positif terhadap sesuatu perkara. Setiap masalah yang dihadapi hendaklah dianggap sebagai satu cabaran bukan halangan.

Mempunyai kemahiran sosial yang tinggi
Ibu bapa harus pandai menyesuaikan diri dan emosi dalam memberi arahan, bergurau, menegur, membelai dan memujuk anak.

Sentiasa kemas dan anggun
Perbuatan ini akan tersemat di dalam hati nurani anak dan akan menjadi tabiat mereka sendiri apabila mereka membesar.

Mudah untuk berubah / fleksibel
Segala tindakan ibu bapa sama ada yang positif atau negatif akan mempengaruhi perlakuan anak. Ibu bapa seharusnya pandai menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya.

Boleh mengawal emosi dan tindakan
Emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan manusia bertindak mengikut nafsu syaitan yang akan membawa kepada kesan yang negatif.

Mempamerkan kasih sayang
Mempamerkan kasih sayang di hadapan anak-anak bukan sahaja dapat menambahkan kasih sayang di jiwa anak malah dapat membangkitkan semula kasih sayang yang pudar dalam diri ibu bapa itu sendiri.

Memberikan tumpuan masa pada keluarga
Masa yang ada seharusnya dimanfaat untuk memberi belaian yang lebih kerap kepada keluarga.

Optimis mengenai masa depan keluarga
Ibu bapa yang berwawasan sahaja yang akan memberikan sepenuhnya tumpuan kebajikan keluarga demi untuk mencapai apa yang diharapkan.

Tidak mementingkan diri sendiri
Ibu bapa yang cemerlang akan sentiasa memikirkan masa depan anak-anak tanpa memikirkan balasan yang akan diterima. Komitmen yang diberikan adalah untuk menjamin generasi yang akan datang hidup dengan cemerlang.

Memahami dan menjiwai kehidupan berkeluarga
Kemahiran kehidupan berkeluarga bukanlah sesuatu yang semulajadi. Ia memerlukan kefahaman dan pengalaman yang mendalam mengenai hidup berkeluarga.

Sentiasa berdoa untuk keluarga
Kejayaan dan kebahgian sesebuah keluarga dapat dirasakan apabila semua ahli keluarga sentiasa hidup rukun damai dan cemerlang. Keadaan ini tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha dan doa. Olehitu sentiasalah berdoa untuk kebahagian keluarga.

Mendedahkan ajaran agama kepada anak-anak
Pendedahan awal akan menjadi agama sebagai suatu keterbiasaan. Dengan agama anak-anak mendapat panduan dan petunjuk sejak kecil. 

Bersikap adil kepada anak-anak
Sikap adil dan menjauhi kezaliman merupakan kebesaran intipati setiap agama kerana ia adalah tuntuan al-Quran yang merupakan perintah yang tidak ada tawar menawar.








Friday, May 13, 2011

RASA KITA - PAU SAMBAL



Sebenarnya dah lama buat pau sambal nie cuma tak upload dalam blog je... buat kuih nie untuk sarapan pagi gi bawa opis habis jap je..kadang-kadang orang bagi nama Burger Malaysia asalkan ada sambal dan timun adalah merujuk kuih yang sama. Mungkin penyediaannya yang ringkas, Pau Sambal mudah didapati dan banyak dijual untuk sarapan pagi.

Saturday, May 7, 2011

HARI IBU





Selamat Hari Ibu ..itulah ungkapan yang tak kan ku lupa hari ini ...anak-anak bagi kad rasa bahagia lak...apa pun terima kasih...Mama bahagia dengan kalian semua...jangan nakal-nakal ..patuh kepada ibu bapa...semoga menjadi anak -anak yang bijak, berjaya dan sempurna di dunia dan akhirat.




Ini lak..isyraf buat masa kat tadika....apa pun terima kasih ....sayang anak Mama

Friday, May 6, 2011

TANDA KEMATIAN



Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah s.a.w diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandianya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wakaf ketika Imama Ahmad bersedia untuk mengkafankan mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah SWT nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Semua orang islam akan dapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seakan-akan daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini tanda mati maka getaran itu akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkantentang soal kematian, tanda itu akan hilang dan lenyap tanpa ada manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri untuk dengan amalan dan urusan yang dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda  40 hari sebelum hari mati

Tanda ini akan berlaku sesudah waktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita antaranya ialah ia akan mengikut kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuba seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda kematian ini akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita diantara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat di kesan  maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ia akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ia dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan sebelah belakang iaitu di  kawasan ubun-ubun di mana ia menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya dan akan naik kebahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan dari Allah SWT ataupun dari manusia sendiri dari segi dosa dan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani  bahawa tarikh mati manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa samada dari kita atau orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan pertunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada didunia atau pun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
















Tuesday, May 3, 2011

RASA KITA - NASI LEMAK




Cerita nak buat nasi lemak nie...dari minggu lepas tapi tak berkesempatan pemintaan anak-anak harus ditunaikan sian lak ..pagi-pagi dah masuk dapur...siapkan semua bahan-bahan yang penting masak nasi dulu..apa nak dikata gas dapur habis.. terpaksa menunggu ...gas sampai terus sambung masak...beres semua...terus hidangkan..berselera lak budak2 nie...kalau ada ayam goreng lagi sedap...





Ayam goreng dan nasi lemak memang sepadan...sedap memang sedap

PERISTIWA - KEBAKARAN





Gambar-gambar ini di ambil sekitar 3.15 ptg..kebakaran ini diliputi asap tebal dan diselangi api yang marak menyala


Inilah keadaan sebenar kebakaran yang kita lihat...sebuah kilang dekat Jalan Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka..anggaran kerosakan 3 juta gambar ini diambil daripada The Star ..4hb May 2011.